Persembahan ADG Bersempena Malam Penghargaan BAPOM

Muka Hadapan 'Sarawak Tribune' 20 Julai 2010

Persembahan ADG bersempena Majlis Makan Malam Bapom (Bau Palm Oil Mill) pada 18 Julai lepas berjalan dengan jayanya. Tetapi apa yang lebih membanggakan, penari-penari ADG telah mendapat perhatian dari tetamu terhormat pada majlis tersebut iaitu Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak. Numpang, yang telah sudi  meluangkan masa untuk berbual dan mengambil gambar bersama-sama mereka di ruang lobi sebelum bermulanya majlis. Dua hari kemudiannya, gambar tersebut terpampang di muka surat hadapan suratkhabar dan laman web ‘Sarawak Tribune.’

Terpampang di laman web 'Sarawak Tribune' 20 Julai 2010

Walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki tetapi sebagai penari-penari baru yang pertama kalinya membuat persembahan, persembahan mereka pada malam tersebut amat membanggakan. Diharapkan pada masa yang akan datang, mereka akan dapat mencapai taraf seperti penari-penari elit ADG senior mereka. Pada masa yang akan datang, mereka inilah yang akan mewakili ADG dalam mana-mana pertandingan kerana penari-penari elit senior ADG telahpun ‘berpencen’ untuk menumpukan sepenuhnya perhatian kepada peperiksaan PMR/SPM/STPM mereka.

Video Persembahan ADG pada malam tersebut:

Berikut adalah gambar-gambar ADG semasa berada di Kuching untuk persembahan tersebut:

Advertisements

Published by

CKn

Just like another human being

2 thoughts on “Persembahan ADG Bersempena Malam Penghargaan BAPOM”

  1. Generasi demi generasi penari ADG. Setiap generasi ada pro n con nya. Tapi walau generasi apa pun anda….2005, 2006, 2007, 2008, 2009 n 2010. Hormatilah cikgu2 ADG n koreografer2 nya. Tanpa mereka, sapalah kita. Untuk ADG Junior, tahniah sekali lagi. Be a gud family of ADG. Take care of each other. Jgn hebat sorang2 jak k. Hebat as a team. Ingat pesanan n ajaran cikgu2 ADG. Improve dari masa ke semasa. Kurangkan masalah tp tingkatkan prestasi. Kpd yg dah nak pencen, jgn sedih n kecewa teruk2. Bila u keluar Lundu, ada bnyk pilihan u all nak menari. Jgn kedekut ilmu…SHARE! Baru ilmu u all berkat bcoz ilmu itu bersambung-sambung ke org lain. Jaga behaviour bcoz jgn lupa…..walau rendah n melambung tinggi pun kejayaan anda sebagai artis tari di luar sana kelak…..kita tetap produk cikgu2 ADG, produk Fred n Jack. Merekalah yg sebenarnya buat kita laris di pasaran seni tari kelak. So menari bagus2, iboh molah hal buruk k. Do the best utk geng2 yg akan duk PMR, SPM n STPM taun 2010.

    1. Aik,khu tengok gambar….dah pandai main bola dgn jiran erk? K, 1st team ADG yg bergaul dgn jiran. Bagus2..! Mesti lalek jiran nangga muka2 baru dtg sia….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s