Hornbill Festival 2010 telah diadakan di Malaysia Tourist Center (MTC), Jalan Ampang Kuala Lumpur, pada 24 dan 25 Julai yang lalu. Festival ini dijalankan sebagai platform untuk mempromosikan budaya pelbagai etnik di Sarawak. Acara ini diadakan setiap tahun sejak 2008 oleh Persatuan Warisan Sarawak dan Kuala Lumpur (PWSKL), yang ditubuhkan tiga tahun lalu untuk menyatukan masyarakat Sarawak yang berada di Kuala Lumpur.

Ada beberapa kegiatan yang menarik telah diadakan seperti Rumah Terbuka Gawai yang menghidangkan makanan tradisional masyarakat Sarawak pada malam 24 Julai.

(Koleksi Corlina Shonna Beck)

Pertandingan Kumang dan Keling yang diadakan terbuka kepada orang Sarawak yang berusia 18-30 tahun dan terbahagi kepada 3 kategori iaitu Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

(Koleksi Hazize San)

Selain itu, Pertandingan Tarian Etnik Sabah dan Sarawak diadakan pada malam 25 Julai. Pertandingan ini terbuka untuk peserta dari seluruh negara. Keputusan bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:

Johan – Universiti Malaysia Sabah Antarabangsa Labuan (UMSKAL)
Vodpod videos no longer available.

Naib Johan – Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
Vodpod videos no longer available.

Ketiga – Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara)
Vodpod videos no longer available.

Anugerah Khas Juri – Sekolah Rendah Seksyen 6, Shah Alam
Vodpod videos no longer available.

Koreografer Terbaik – Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Vodpod videos no longer available.

Kumpulan lain pada malam tersebut:

Sekolah Seni Kuching
Vodpod videos no longer available.

Management and Science Universiti (MNU)
Vodpod videos no longer available.

Universiti Malaysia Perlis (UniMap)
Vodpod videos no longer available.

Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU)
Vodpod videos no longer available.

BAKSAR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Vodpod videos no longer available.

BAKSIS – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Vodpod videos no longer available.

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya. ADG juga ingin merakamkan terima kasih kepada Agustus Sapen atas sumbangan video-video beliau. Juga kepada Hazize San dan Corlina Shonna Beck untuk sumbangan koleksi gambar-gambar mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook Warisan Sarawak

Blog Persatuan Warisan Sarawak

Artikel di New Straits Times