Latihan Untuk Penilaian ‘Program Bimbingan Seni Budaya’ 2010

Penilaian ini nanti akan diadakan pada 9 Oktober 2010 30 Oktober 2010 7 November 2010. Ianya dibahagi kepada ujian bertulis dan penilaian persembahan. Pihak yang akan menilai ujian ini nanti adalah pegawai-pegawai  dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Sarawak) yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK).

Pada kali ini, sijil tidak akan diberikan kepada para peserta tetapi digantikan dengan Slip Penilaian Akhir Program Bimbingan Seni Budaya. Slip Penilaian yang dikeluarkan oleh KPKK ini diterima untuk pemohonan pelajar masuk ke  Sekolah Seni dan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Pada hujung minggu lepas, 24-25 September, hanya pelajar harian sahaja yang berlatih kerana semua pelajar asrama diwajibkan pulang. Hanya pada sebelah petang Ahad sahaja barulah muncul pelajar-pelajar asrama. Jadi pelajar harian diberi peluang untuk memberi tunjuk ajar apa yang telah mereka pelajari kepada yang baru hadir.

Setelah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing, mereka sama-sama mengajar sesama sendiri dan bekerjasama untuk memberikan yang terbaik untuk kumpulan masing-masing nanti. Markah individu dan kumpulan adalah penting untuk mendapat keputusan cemerlang.

Video gelagat ADG semasa latihan.

Vodpod videos no longer available.

Advertisements

Published by

CKn

Just like another human being

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s