Setelah menjalani beberapa sesi latihan bagi penari-penari yang baru dan lama, pemilihan terakhir 12 penari perempuan dan 8 penari lelaki akan dilakukan pada awal bulan depan. Mereka yang terpilih nanti akan menjalani Kem Tarian Intensif pada Cuti  Pertengahan Penggal 1 (14-18 Mac 2011) di SMK Lundu.

Kem ini adalah sebagai persediaan ADG yang bakal berentap di Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Bahagian Kuching 2011 yang akan diadakan di SMK TAH Openg pada 26-28 April nanti. Seperti tahun-tahun yang lepas, latihan ini nanti akan dijalankan dari pagi hingga ke malam. Semua peserta termasuk pelajar diwajibkan tinggal di asrama. 12 penari terbaik akan mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut.

Berikut adalah gambar latihan dan proses pemilihan awal yang diadakan pada bulan Januari dan Februari: