Pada hujung minggu ini tadi, pemilihan terakhir telah dijalankan bagi penari-penari yang bakal dipanggil untuk  Kem Tarian Intensif pada Cuti  Pertengahan Penggal 1  di SMK Lundu.

Mereka yang telah dipilih akan datang pada petang 14 Mac dan tamat pada tengahari 18 Mac 2011. Diharapkan segalanya akan berjalan dengan lancar pada minggu tersebut.

Berikut adalah perjalanan uji bakat untuk melihat pembawaan mereka dengan tarian yang bakal dibawa untuk pertandingan bulan April nanti. Seperti yang anda lihat, hampir semuanya adalah penari-penari baru (terutamanya perempuan) dan tidak pernah mengikuti apa-apa pertandingan sebelum ini.