Ahli ADG yang menjalani latihan intensif pada masa cuti sekolah, sebagai persiapan untuk pertandingan tarian pada 26-28 April 2011. Semua muka FRESH... Terbaik dari ladang!!! (Kecuali Lydia ADG & Stanley ADG)

Latihan Intensif pertama ADG bagi tahun 2011. Dengan muka-muka baru yang segar, harap akan dapat membuahkan hasil yang cambest selepas kem ini.

Coretan dan gambar berikut adalah aktiviti sepanjang kem ini dijalankan….

14 Mac (Isnin) : Penari datang ke sekolah untuk mendaftar masuk asrama antara jam 2.00pm-5.00pm. Sesi latihan bermula jam 8.00pm pada hari tersebut. Tapi aktiviti malam itu cuma sesi senaman dan regangan. Pendek kata, jurulatih belum ada apa-apa idea nak buat. Jadi dia kasi ‘torture’ sama itu penari, at the same time tengah cari ilham… Tapi setakat malam tu, belum ada apa-apa ilham pun masuk lah…

15 Mac (Selasa) : Kem latihan ADG tidak pernah ketinggalan dengan sesi menjahit kostum. Dah penat-penat badan menari, mata dan tangn pun ‘berlatih’  juga menjahit… Nda mampu bah mau sewa… Hehehe…. Tapi ada juga kebaikannya, penari ADG suma pandai menjahit. Nda rugi ibubapa punya anak pandai menjahit… Tett….

Guru pembimbing, penari simpanan dan krew ADG sedang sibuk menjahit kostum. Perkara yang biasa dibuat setiap tahun. Lepas keluar dari SMK Lundu, boleh kerja part-time tailoring.... Hahaha...

Okay, setakat sampai ke malam… Adalah juga gerak tari dan pecahan dah dibuat. Tapi ada sedikit dugaan. Kerana tahun ini ADG mempunyai semua penari yang SEGAR DARI LADANG… Yang tinggal cuma Lydia Emak & Stanley Diet… Mereka dua ni lah yang jadi captain dan co-captain dalam pasukan ini. Ala-ala macam drama GLEE tu bah, Si Finn & Rachel dalam kumpulan New Direction.

15 Mac : Latihan hingga ke lewat malam hari seperti mana setiap tahun.

16 Mac (Rabu) : Oleh kerana gerak tari dah habis dipelajari, juga pecahan telah siap dalam 60%, maka ADG pun membuat sesi tayangan video. Seperti biasa, aktiviti tanyangan video tarian-tarian memang wajib dilakukan. Yang pasti, video player memang ANGOL asyik kena pause and play… Setiap kali latihan, penari akan dirakam. Pada malamnya sesi mengkritik kelemahan dan kekuatan penari ADG pun bermula… Ada yang kecil hati, ada yang jadikan inspirasi dan ada yang buat tak tahu jak… Tapi teknik ni memang baik, ini menyedarkan penari akan kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri mereka, BUKAN SEKADAR SYOK SENDIRI dalam pasukan tu….

16 Mac : Tayangan video untuk melihat persembahan para senior ADG yang lalu dan juga dari kumpulan atau sekolah lain. Dari situlah ADG belajar untuk memperbaiki pembawaan tarian mereka.

17 Mac (Khamis) : Merupakan malam terakhir penari ADG membuat latihan malam sempena Kem Latihan Intensif ADG 2011. Jadi, juru gambar profesional tahap dewa pun datang lah malam tu nak ambik ‘detik-detik berharga’ sepanjang sesi latihan ADG… Dengan rasa simpati yang teramatlah tinggi, maka guru-guru pembimbing dan jurulatih pun melonggarkan sesi latihan yang memenatkan kepada sesi menjahit yang tidaklah berapa penat…

P/S:  Kalau anda perasan, kualiti gambar cambest jak dari hari-hari sebelumnya…kan???? Hehehehe….

Lupa nak story gak pasal dancer ADG tahun ni. Mesti cerita, mereka ni suka kena gosip. Tahun ni ada penari adik-beradik beraksi. Si Eryne (kakak) & Hisna (adik). Kakaknya macam adik, adiknya macam kakak. Sama saiz tapi memang jauh beza perangai. Kakaknya susah dikawal lah…

Pastu banyak adik kepada penari-penari ADG yang lepas-lepas. Mereka seperti :

1. Stanley Diet (ADG 2011), adik kpd Sandra (ADG 2009) & Steve (ADG 2007)… Dalam angkatan tahun ini adik paling bongsu mereka Si Baby (ADG 2011) juga join, baru Tingkatan Satu. Boleh tahan juga skill dia. Rasanya ada darah seni mengalir dalam keluarga ni…

Disebabkan krew dah penat giler tolong jahit, penari pula ambil alih menjahit pakaian sendiri.
Dah sedar jurukamera ambik gambar, barulah semua nak posing....

2. Umi (ADG 2011) (tak ingat nama penuh), adik kepada Stevenny (ADG 2011). Bentuk badan dan posture, memang sama macam kakaknya. Tapi masih banyak lagi latihan yang diperlukan. Sangat pendiam, jauh sekali karekter dari kakaknya pada tahun lepas…

Tukang tengok dan tukang bagi arahan paling fofular dalam kumpulan ADG....
Sedang dalam proses blocking tempat... Yalah, suma nak glamer bah, nda mau kena block orang....

3. Nelson Katong (ADG 2011), adik kepada Gilbert (ADG 2008). Yang ni sebenarnya ada kembar. Memang sama, mereka dua pandai menari. Mula-mula memang dua-dua join ADG, pastu tetiba pulak kembarnya nda mau join lagi… Sayang kan? Kalau dua-dua join, bleh gak letak kat barisan depan…

Kena suruh berbaris, senang mau susun ketinggian. Tahun ni macam banyak gunung-ganang dan bukit-bukau....
Billie (Baju Merah), suka nak rambut 'sempek', kalau Cikgu Jack tgk, bye2 jelah kena makan gunting. Wow... Sampai 'stim' mata... Kuatan nak feeling kan... Steady Umi (Baju coklat, adik kpd Steveny penari ADG 2010)

Begitulah kisah adik-beradik tu. Pasal penari ADG yang lain tu, saya belum lagi mengenali mereka dengan lebih lanjut. Sebab suma baru jumpa tahun ini. Tunggu lah di post yang seterusnya. Mungkin masa tu ada lah cerita menarik pasal yang lain tu….

Stanley (baju oren) merupakan penari lelaki yg paling 'veteren' dlm ADG sedang memberi arahan kpd Anak Dalam yg baru...
Malam ni (17 Mac) agak special sikit, ada jurugambar profesional tahap dewa dtg nak ambik gambar ADG sedang berlatih. Tu sebab ada equipment2 yg susah nak disebut oleh lidah saya, dipasang sekitar tempat latihan....
Lagi proses blocking pentas...
Dan lagi proses blocking... Macam biasa kapten tgh bagi arahan...
Dari Kiri : Ronnie, Marlon Dass, Jackly & Nelson Katong (adik kpd Gilbert Katong penari ADG 2008)
Kapten baru, Stanley Diet (adik kpd Steve Diet penari ADG 2007 & Sandra Diet penari ADG 2009)
Tengah kontrol postur sampai stress muka... Nak disebut nama ka?
Gadis berklip merah jambu, Si Eryne (kakak kpd Hisna penari ADG 2011) & Si Umi sedang beraksi...
Apahal Si Eryne (penari ADG 2011) senyum macam tu? Nda malu ka sama adiknya Si Hisna (baju putih), kalah perangai kakak...
Si Monis (baju Ungu), sabar ya... Tau selalu blur...
Dari Kiri : Monis (Baju Ungu), Billie (Baju Merah), Hisna (Baju Putih), Lydia (Baju Hitam) & Eryne (Baju Hitam Berdesign).... Lydia penari yg paling 'veteren' dalam group ni, 5 tahun daa...
Habis latihan, seperti biasa mesti ada sesi briefing yang pasti amat membosankan penari ADG... Tapi harus juga mendengar kata2 amanat yg biasanya jarang ADG dengar hingga membawa padah kpd mrk.... Harap tahun ni, dengar lah ya...
Okay... Nampaknya macam kusyuk mendengar... Tarik balik tuduhan tadi. Si Baby (Baju Putih: Ya..mmg unik punya nama. Nak tau sapa ni? Ini adik kpd Stanley ADG 2011, Sandra ADG 2009 & Steve ADG 2007)
Posing 1 Anak Dalam Gading
Posing 2 Anak Dalam Gading

Rasanya part cerita ni, jarang orang nak baca. Gambar lebih penting kan? Hahaha… Esok (18 Mac-Jumaat) last day latihan. Harap ada sesuatu untuk dikongsikan nanti….. Chow dulu… Kepada sekolah-sekolah lain tu, terutama sekitar Bahagian Kuching, kami ucapkan selamat berlatih & semoga berjaya… Semoga kita berjumpa di hari pertandingan nanti….