Apr 21 (Khamis) : Latihan bermula pada jam 7.30pm. Setelah 2 minggu penari nda da bergerak, hampir semua macam hilang arah. Sesi menghafal semula semua gerak dan pecahan dilakukan tanpa henti sehingga jam 10pm. Ni latihan tanpa jurulatih lah, sebab jurulatih masa ni pergi ‘berfoya-foya’ dulu… Ahaks!! Saya masih dalam perjalanan dari Kuching ke Lundu sebenarnya… Dalam jam 10.20pm, tarian dipertontonkan di depan jurulatih yang sungguh ‘baik hati’ dan pengkritik-pengkritik ‘profesional’… Part ni, mata jurulatihnya tersangat mengantuk, komen di beri, “No komen…” Suma muka penari pun dah jadi blur, yang faham tapi buat-buat lebih faham menunjukkan muka hampa. Mesti dorang rasa persembahan dah nda bagus kan…

Apr 22 (Jumaat) : Happy Good Friday!!! Penari-penari yang beragama kristen semuanya pergi sembahyang kat SIB Pueh, Sematan. Masing-masing berdoa untuk pasukan ADG, termasuklah jurulatihnya juga. Saya doakan untuk pasukan ni mempersembahkan yang terbaik di hari pertandingan nanti. Mohon untuk clear mind penari, ketenangan & fokus yang tinggi semasa latihan terakhir… Yang pastinya banyak perubahan step dan pecahan… Kononnya idea datang lah dalam saat genting….

Latihan bermula jam 2pm, tapi nampaknya sesi berjahit mengambil alih . Banyak lagi yang belum siap… (sebab costume designer tambah itu ini lagi, ada jak yang lom lengkap dan perfect…) Apa yang penting, pasukan ADG harus nampak cantik dan gah dari segi costume lah. Nda kisahlah tarian tu macam apa ya… Yang penting RATU!!!! Dalam jam 4pm, barulah sesi latihan bermula secara rasminya. Macam biasa tarian etnik banyak yang mau ditukar gerakannya sebab makcik saya dah komen banyak sampai berdarah telinga saya… Mons!!! Makcik saya bilang, “Duina wek, mana pergi gerakan ini? Gerakan itu? Kan hari tu saya dah ajar… Nda buleh macam tu. Ko ni macam nda pernah tengok. Berapa kali sudah buat di kampung. mana ko simpan otak kau?”  (setelah dialih bahasa dari bahasa Lun Bawang) Kalu didengar dalam bahasa Lun Bawang, lebih ganas dan pedas lagi maksudnya… Baiklah, saya sudah ubah…

Malamnya, semua costume telah siap dijahit. Horay!!! Suma balik tidur jam 12am lebih…

Apr 23 (Sabtu) : Latihan pagi, sesi penghalusan secara terperinci. Part ni biasanya penari memang nda suka, terutamanya penari ADG. Masa ni memang keadaan sangat tegang dan sangat memenatkan. Tukang polish terlalu teliti. Kalau saya, tutup sebelah mata sahaja… Kuang3… Tapi dengan cara ini sahaja penari ADG akan dapat kekalkan prestasi dan kualiti seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

Selepas makan tengahari, penari lelaki dihantar dengan paksa rela untuk menggunting rambut. Tradisi ini biasa ADG lakukan agar penari lelaki nampak segak dan kemas. Saya nda suka lihat penari lelaki rambut serabai-serabai, panjang-panjang dan bermacam-macam fesyen yang menjengkelkan mata… Siap ambil gambar BEFORE & AFTER lagi… Jangan heran siap bersalaman dengan penari perempuan sebelum berangkat ke pasar Lundu…

Sebelum digunting

Kisah menarik di kedai gunting…Dialog antara saya & Tukang Gunting (TG)

TG : Wah cikgu, manyak hantar student potong rambut?

Saya :  Ya. Ini semua potong No.4 tauke…

(semua penari laki duduk diam, tanda protes tapi apakan daya kuasa cikgu kuat bagi arahan suruh potong. Cikgu belanja oi…)

TG : Oh, mau potong pendek. Ini macam potong memang bagus cikgu. Apahal mau potong semua sama cikgu?

Saya : Potong untuk nampak smart. Ada competition next week di Kuching. Hari satu sudah jalan.

TG : Bagut-bagut… Potong macam ni memang bagus cikgu. Rambut panjang kasi kacau saja. Competition apa cikgu? Main football ka?

(semua muka budak-budak menahan ketawa… Dan menunggu jawapan dari saya…)

Saya : Ya, main footbal… (what am i thinking at that time?!?!?!..)

(budak-budak semua senyum, yang nda buleh tahan, terus keluar dan ketawa…)

Gambar budak-budak lelaki selepas digunting:

Selepas digunting

Apr 24 (Ahad) : Happy Easter Sunday! Pagi tiada latihan. Petang latihan terakhir. Malam taklimat oleh guru-guru dan mereka diminta tidur awal untuk persediaan perjalanan keesokan harinya. Semua wajib bangun 5.30am untuk mandi, bersiap, bersarapan, mengumpul semua props & kostum dan bertolak pukul 7.30am pada pagi Isnin. Jom ke Kuching! Jumpa anda di sana sana sana….

Rehat makan 'linut' yg dibuat oleh cikgu dulu sebelum sambung latihan.
Pasukan Tarian Pertandingan ADG 2011
Advertisements