30 Apr, Sabtu : ADG mendapat jemputan untuk membuat persembahan pada Majlis Makan Malam Penghargaan bersama Dato’ Sri Hj Adenan Hj Satem di Dewan Masyarakat Lundu. Majlis tersebut diadakan untuk meraikan kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lepas. Malam tu banyak lah orang serba biru. Baju melayu biru, baju kurung biru, baju kebaya biru, serba serbi lah biru.

Penari ADG baru sampai kat Dewan Masyarakat Lundu, terus bergambar kat mana-mana pokok yang berdekatan...

Oleh kerana ADG nda sempat mau berlatih tarian yang sesuai sikit untuk majlis makan malam, kami mempersembahkan tarian rampaian melayu yang digunakan untuk pertandingan tarian di Bahagian Kuching yang lepas. Oleh kerana pentas dah lain, so pecahan pun berubah. Dan.. oleh kerana tiada skema pemarkahan, kami pun mengubah costume dan tatarias serta teknik pembawaan tarian tu kepada version gila-gila sikit. Biar nampak grand sikit lah. Kalau bagi yang macam masa pertandingan tu, pasti orang bosan mau lihat. Nanti nda lalu pula VIP nak menjamu selera… Kuang3..

Bersama penari ADG perempuan. Dari Kiri : Monis, Billie, Hisna (Rendah ), Eryne (Rendah), Lydia & Umi.
Bersama penari ADG Lelaki. dari Kiri : Ronnie, Stanley, ZZ (duduk), Marlon (duduk), Nelson & Jackly.

(P/S: Cikgu2 ADG  masih belum kenal penari ADG yang kembar tu, jadi kami bagi namanya ZZ sahaja. Itu samada Zahuri atau Zahrin. Kembar yang sorang tu tidak join show ini, tetapi akan join show sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan nanti…)

Sampai kat Dewan Masyarakat Lundu dalam jam 6.00pm, kami kena sampai awal sebab belum sempat blocking stage dan tidak join raptai pada jam 4.00pm. Masa tu ADG sedang sibuk bersolek dan bersiap-siap berpakaian. Bila sampai, berkumandang suara Bob AF2 sedang buat soundcheck… Apa lagi budak-budak ni, excitednya … Bob nampak je kami masuk, dia pun bagilah peluang ADG untuk blocking stage (macam tau-tau je dia ni…) Hehehehe….

Time ADG sedang sibuk-sibuk blocking, cikgu-cikgunya yang melebih-lebih berdiri nak dekat-dekat ngan Bob AF2 ni. Terutamanya saya lah… Kantoi!!! Dah lama nda jumpa si Bob ni. Kawan lama saya bah ni, dahulu sama bekerja di Kementerian Pembangunan Sosial & Urbanisasi Sarawak (KPSU), di Bahagian Kebudayaan. mau cakap lebih-lebih, kita pun kena faham juga, si Bob ni pun kena bersiap juga untuk persembahan malam tu. So dia pun beredar untuk membuat persediaan.

Bersama Bob AF2, nda lama lagi mau sama lah saiz kami dua nie.... Hehehe... "Bob, better ko yang kurus daripada saya yang membesar..."

So, lepas blocking… Suma dibawa ke bilik bawah untuk makan malam… Suma makan ala-ala kontrol ayu, menyampah tengok… “Trett…Trett… SMS!!” kata telefon bimbit saya. Ada orang minta budak ADG menari untuk lagu Zapin Beradat… So lepas makan, 4 penari ADG kena pilih… Stanley, Nelson, Lydia & Eryne… Ni jenis yang cepat tangkap dan hafal, serta jenis nda tahu malu JUGA jenis gila glamer nak backup artis….

Saat-saat yang mendebarkan bagi ADG, persembahan kedua mereka pada tahun ini pun berlangsung… Lihat gambar jelah ye, video persembahan durang ni kena tunggu dulu lah….

Setelah habis persembahan pembukaan majlis dengan tarian Gerenek Nembiak Gading, suma pun duduk berehat di belakang stage. Bila BOB AF2 datang, suma ambil kesempatan untuk bergambar. Ni pasti gambar yang bakal nak ‘menjeleskan’ kawan-kawan di sekolah…

Jangan lepaskan peluang yang ada.... ADG bersama BOB AF2...

Pastu yang kena pilih untuk backup pula nak ambil gambar gak… Mok lebih ekslusif lah…

Dari Kiri : Stanley, Lydia, Bob, Eryne & Nelson...

Ni pula persembahan nyanyian lagu Zapin Beradat…

Sebelum persembahan untuk backing lagu Zapin Beradat, 4 orang penari ADG yang rasa dirik kacak dan shanteq pun membuat sesi fotografi bersama jurugambar rasmi ADG yang selama ini rajin ambik gambar mereka…

Selamat melihat gambar ‘artis-artis’ atau ‘model-model’ perasan ni ya….

Ni gambar NORMAL….

Pastu, entah dari mana datang nya kuasa ajaib ni, kami pun nda tau. Tapi sungguh memberi idea kepada jurulatihnya untuk membuat tarian… Ada gak berangan kalau semua penari ADG dapat terbang macam ni… Aduh, bestnya. Mesti terbeliak dan bertaburan biji mata orang lihat tarian ADG nanti kalau suma penarinya dapat terbang macam si Eryne ni….

Ataupun version Spiderman, mau juga saya buat penari lekat kat dinding stage macam Stanley ni. Kalau semua dapat lekat macam ni lagi bagus kan?….

Okay… Pastu yang last ni… Teringat saya ketua hakim cakap dia ada jumpa penari sekolah yang berpotensi untuk meluahkan pelbagai perasaan diatas pentas… Seperti sedih, terkejut, gembira, takut, malu dan sebagainya… Tapi beliau kata, “Saya ada jumpa satu sekolah yang rasanya berpotensi atau boleh buat bermacam-macam ekspresi diatas pentas, tapi saya tidak boleh bagitau lah…” Saya rasa macam ADG kot yang dia maksudkan… (PERASAN TAHAP DEWA!!!!)

Tahu nda kenapa saya fikir begitu, sebab saya tau penari ADG boleh buat ekspresi KETAWA yang tidak terhingga seperti ini atas pentas…. Memang KELAS lah dorang ni……

Ekspresi Ketawa paling best dimasukkan dalam tarian….

Pastu ekspresi bingung mencari sesuatu… ATAU ekspresi FCC macam ni…

Amacam, boleh…????