ADG SMK Lundu bertuah kerana di antara beberapa sekolah-sekolah yang terpilih untuk membuat persembahan di majlis tersebut yang diadakan pada malam 15 Mei 2011, iaitu sehari sebelum Majlis Pelancaran Hari Guru Ke 40. Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; dua Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Dr. Mohd. Puad Zarkashi serta Pengarah Pelajaran negeri, Abdillah Adam.

“Malam Berambeh” atau Jamuan Makan Malam ini di taja khas oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengalu-alukan kedatangan semua tetamu dari seluruh Malaysia sempena sambutan Hari Guru ke 40 di Pusat Konvensyen Borneo (Borneo Convention Center) Kuching. Malam yang penuh warna warni dengan persembahan konsert dari orkestra Jabatan Pelajaran Sarawak serta persembahan dari guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Pakaian Bidayuh oleh penari-penari ADG SMK Lundu
Persembahan 'Rejang Be'uh' di Foyer
Persembahan untuk tetamu yang datang
Foyer BCCK yang indah

SJK Chung Hua Kuching
Sekolah Seni Malaysia Kuching
SMK Pending Kuching
SK St. Teresa Kuching
SMK Tunku Abdul Rahman Kuching
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmd
Puan Sri Ragad Kurdi Taib
Persembahan semua sekolah
Makan nasi goreng
Sedap tidak?
Bebudak kelaparan!
Bersama 2 guru pembimbing, Cikgu Morgan & Cikgu Colin
Bersama Cikgu Morgan & Cikgu Vera

Advertisements