Pertandingan Tarian 2011 anjuran KPSU Peringkat Bahagian Kuching

Pertandingan Tarian ini adalah anjuran Bahagian Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Suarah Bau pada malam 21 (Sabtu) Mei lepas. Pertandingan Tarian 2011 ini dibahagikan kepada tiga buah kategori iaitu Kategori Tarian Kreatif, Kategori Tarian Tradisional (Bidayuh) dan Kategori Tarian Kreasi Baru. Ianya terbuka kepada mana-mana kumpulan asalkan penari-penarinya berumur 14 tahun ke atas.

Kumpulan Seni Petra (berbaju biru & perang kemerahan di hadapan), Kumpulan Anak Dalam Gading (berbaju hijau & putih di kiri) dan Kumpulan Jiwa Tari (perang & merah)

Keputusannya:

1. Johan – Kumpulan Seni Petra (Petra Dancers)

2. Naib Johan – Kumpulan Anak Dalam Gading (SMK Lundu)

3. Ketiga – Kumpulan Jiwa Tari (PERKEP-PDRM)

4. Keempat – Kumpulan Etnik Kenyalang (SABERKAS Daerah Bau)

Anugerah Kostum Terbaik – Kumpulan Anak Dalam Gading (SMK Lundu)

Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang berjaya.

Walaupun sibuk dengan latihan dan aktiviti tarian pertandingan tarian antara sekolah-sekolah di Kuching dan juga persembahan bersempena Hari Guru Kebangsaan, ADG disebalik kesibukannya yang amat sangat membuat keputusan untuk menyertai ini.

Latihan hanya dapat dibuat selama beberapa hari sahaja sebelum pertandingan. Namun dalam pertandingan tersebut, penari-penari telah membuat persembahan sebaik mungkin walaupun masa latihan adalah amat terhad. ADG amat bersyukur kerana telah dinobatkan sebagai Naib Johan dan juga mendapat Anugerah Kostum Terbaik.

Kumpulan Seni Petra
Kumpulan Jiwa Tari
ADG - Tarian Kreatif (Aqiqah)
ADG - Tarian Kreatif (Aqiqah)
ADG - Tarian Kreatif (Aqiqah)
ADG - Tarian Tradisional (Wek Jonggan)
ADG - Tarian Tradisional (Wek Jonggan)
ADG - Tarian Kreasi Baru (Pujuk)

ADG – Tarian Kreasi Baru (Pujuk)

Bersama penyokong ADG
Penari ADG ditemuramah oleh pemberita RTM
Naib Johan
Kostum Terbaik
Bergambar bersama tetamu kehormat
Kami mendapat tempat kedua, yeh!

Advertisements

Published by

CKn

Just like another human being

One thought on “Pertandingan Tarian 2011 anjuran KPSU Peringkat Bahagian Kuching”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s