Sebelum persembahan

Pada 30 Jun 2011 lepas, ADG telah membuat persembahan di Dewan Chung Hua Lundu untuk membuat persembahan bersempena Makan Malam Perasmian Gereja St Francis yang baru. Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Afred Jabu yang telah merasmikan pembukaan Gereja St. Francis’s Church pada petang itu, tidak dapat hadir pada majlis makan malam ini pada saat-saat akhir atas sebab-sebab tertentu. Namun sambutan tetap diteruskan.

Empat penari perempuan dan empat penari lelaki mempersembahan tarian suku kaum Bidayuh pada malam tersebut. Pada mulanya ADG ingin membawa tarian ‘Wek Jonggan’ suku kaum Bidayuh Selako tetapi terpaksa mengubahnya pada saat-saat akhir kerana ketiadaan kostum yang lengkap.