Pertandingan ini adalah anjuran Kelab Giat Budaya SMK Lundu, yang pertama kalinya diadakan. Kami pada mulanya menjangkakan penyertaan adalah biasa sahaja, paling banyak pun mungkin dalam lingkungan 5-6 kumpulan sahaja. Tetapi sambutannya adalah amat menggalakkan di mana pada asalnya, 15 kumpulan mendaftar. Bagaimana pun, pada saat-saat akhir, 2 kumpulan telah menarik diri kerana kurang persediaan. Jadi pada 16 Julai, bermula 2.30 sehingga 4.30 petang, 13 kumpulan berentap dengan hebat dengan mempersembahankan Tarian Poco-poco, Shuffle, Kontemporari, K-Pop dan juga Etnik.

Johan pertandingan tersebut ialah Kumpulan Freetime dengan Tarian Shuffle, Naib Johan Kumpulan ADG Krew dengan Tarian Kontemporari dan Ketiga Kumpulan Seri Kenyalang dengan membawa tarian Etnik Iban mereka. Kumpulan Seri Kenyalang juga telah mendapat Anugerah Kostum Terbaik. Tahniah kepada yang menang dan juga kepada semua kumpulan lain yang sememangnya telah membuat persembahan mereka yang terbaik pada petang itu.

Johan - Freetime
Naib Johan - ADG Krew
Ketiga - Seri Kenyalang
Kostum Terbaik - Seri Kenyalang
Johan - Freetime
Johan - Freetime
Naib Johan - ADG Krew
Naib Johan - ADG Krew
Ketiga & Kostum Terbaik - Seri Kenyalang
Ketiga & Kostum Terbaik - Seri Kenyalang
3 Orang Hakim
Hamper. Bukan untuk 3 tempat teratas sahaja tetapi untuk semua kumpulan.
MC & krew yang bertugas pada petang itu.

Seterusnya, gambar-gambar semua kumpulan yang lainnya pada petang tersebut:

Crazy Blue
Crazy Blue
For One Ow (4-1-0)
For One Ow (4-1-0)
GD Cramble
GD Cramble
The Gang - Rock Boyz and Rock Girlz
The Gang - Rock Boyz and Rock Girlz
Hot Sound System Connection (HSSC)
Hot Sound System Connection (HSSC)
HSK (Hard Style King)
HSK (Hard Style King)
On The Floorz
On The Floorz
Sorry For Party Rocking
Sorry For Party Rocking
The Best of the Girls
The Best of the Girls