Pada hari Isnin yang lepas iaitu bertarikh 3 Oktober 2011, ADG telah menerima jemputan untuk membuat persembahan di IPD LUNDU pada hari Rabu iaitu bertarikh 5 Oktober 2011. Bermaksud, hanya ada 2 hari berlatih sebelum persembahan!

ADG diminta  membuat 3 persembahan pada tarikh berkenaan. Tapi memandangkan masa sangat singkat, ADG hanya dpt membuat 2 persembahan sahaja. Dengan keadaan yang sangat singkat ADG mengambil 10 orang penari iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan. Antara penari perempuan ialah Nur Azilah, Khairah, Nur Fatihah, Sharon dan Erynne. Manakala penari lelaki Zahuri, Zahrin, Anne, Nelson dan Ronnie.

Persiapan ADG

ADG juga telah bersetuju untuk mengambil 3 orang bekas penari perempuan ADG untuk persembahan itu kerana tidak cukup penari perempuan. Penari yang lainnya diminta untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada latihan tarian sempena ASAT 2011. Untuk persembahan itu, ADG telah membuat tarian ‘Selamat Datang’ di mana hanya penari perempuan yang menarikan tarian itu manakala bagi tarian ‘Sembah Gading’, semua penari menarikan tarian itu. Dengan mengikut jadual yang di beri oleh pihak IPD LUNDU, rombongan POLRES SAMBAS dijangka tiba pada jam 1 petang.

Selamat Datang
Sembah Gading
Sembah Gading
IPD PDRM Lundu & POLRES Sambas Kalimantan Barat Indonesia

Semua penari ADG berkumpul  di tempat yang di beritahu selepas kelas. Penari ADG berkemas dan bersolek  dalam keadaan yang kelam kabut demi mengejar waktu. Selesai saja penari berkemas, ADG pun berangkat ke IPD LUNDU. Sampai saja di IPD LUNDU perkara wajib yang selalu dilakukan oleh ADG sebelum membuat persembahan ialah menyesuaikan diri dengan keadaan pentas. Pada mulanya semua penari di minta menari di atas jalan raya,tapi atas keperihatinan seorang pengurus majlis dia telah mengarahkan petugas untuk meletakkan 6 buah platform di ats jalan raya tersebut. ADG pun  sangat berterima kasih dengan pengurus tersebut, tapi itu pun masih tidak cukup untuk 10 orang penari di atas itu. Selepas penyesuaian pentas semua penari pergi bersiap untuk  membuat persembahan mereka iaitu tarian ‘Selamat Datang.’ Persembahan pertama di buat di hadapan pejabat IPD LUNDU. Selepas persembahan yang pertama berlalu, ADG hendaklah bersiap sedia untuk persembahan yg kedua. Persembahan yang kedua dipersembahkan ketika semua rombongan lawatan sedang makan tengah hari iaitu pada jam 1.15 petang dan tarian yg kedua ialah ‘Sembah Gading.’

Tempat rehat yang disediakan
Berbaris
Cenderahati

Selesai saja persembahan ADG pun pergi berehat di rumah yang telah disediakan oleh pihak IPD LUNDU untuk menikmati jamuan makan tengah hari mereka. Selesai berehat di rumah yg disediakan untuk ADG, semua sekali lagi bersiap memakai kostum untuk melakukan acara terakhir iaitu berbaris ketika rombongan lawatan balik semula ke Indonesia. Rombongan itu dijangka balik pada jam 5 petang. Sebelum keberangkatan pulang rombongan tersebut, sesi pembahagian cenderahati pun berlangsung dan tanpa diketahui oleh semua penari mereka dipanggil untuk mengambil cenderahati, termasuk gurunya sekali, naik ke atas pentas secara individu untuk mengambil cenderahati tersebut. Antara cenderahati yang dibagi ialah buku nota yang ada logo POLIS dan gelas yang ada logo POLIS. Selesai saja majlis itu ADG pun berangkat pulang ke sekolah pada jam 6 petang untuk menukar kostum. ADG sangat berterima kasih kepada IPD LUNDU kerana sudi menjemput kami untuk membuat persembahan sempena lawatan POLRES Sambas Kalimantan Barat Indonesia.

Sekian, terima kasih.

Laporan dibuat oleh Mohd Azfar Shukri B. Hashim

Bergambar bersama Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Wong Chee Kiong
Advertisements