SMK Asajaya 2

Pada tahun ini, Bahagian Samarahan telah diberi peluang untuk menjadi tuan rumah bagi Karnival Kokurikulum Asrama, Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Negeri Sarawak 2011. SMK Asajaya 2 pula terpilih untuk menganjurkan Karnival ini yang akan berlangsung dari 13-16 Oktober 2011 ini. Bagi pertandingan tarian pula, ianya akan diadakan pada 14 Oktober 2011 di Dewan Sekolah Smk Asajaya 2.

Pertandingan bagi sekolah menengah bermula pada pukul 2 petang. Gilirannya pula mengikut bahagian-bahagian ialah:

1. Sri Aman
2. Samarahan
3.  Betong
4. Kapit
5. Sarikei
6. Kuching
7. Mukah
8. Miri
9. Sibu
10. Limbang
11. Bintulu

Setakat ini, dari maklumat yang kami ketahui, acara yang akan dipertandingkan dan wakil dari Bahagian Kuching adalah:

1. Bola Sepak (SMK Bau)
2. Bola Jaring (SMK Sematan)
3. Catur (SMK Agama Tun Zaidi Ahmad Zaidi)
4. Pidato
5. Bahas Ala Parlimen (Kolej DPAH Abdillah)
6. Tarian (SMK Lundu & SK Rambungan)
7. Nyanyian Solo (SMK Lake & SK Bengoh)

Dewan SMK Asajaya 2

SMK Lundu rasa bertuah kerana telah dipilih untuk mewakili Bahagian Kuching. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan bagi pihak sekolah apabila mendapat berita ini 3 minggu sebelum pertandingan, namun membanggakan kerana SMK Lundu diberi kepercayaan untuk menjadi wakil. ADG menyahut cabaran untuk mencari dan melatih penari-penari asrama untuk mewakili ASAT pada tahun ini.

Syarat yang diberi adalah sama seperti yang kami terima pada tahun 2009 (sila lihat syarat pertandingan di sini) kecuali bagi satu perkara sahaja. Syarat terbaru itu menyatakan pertandingan ini adalah untuk SMK – Tingkatan 4 ke bawah dan SK – Tahun 5 ke bawah. Hakikatnya, ADG tidak cukup penari asrama tingkatan 4 ke bawah yang berpengalaman membuat persembahan, apatah lagi untuk pergi bertanding. Jadi pencarian untuk penari asrama pun bermula sebaik sahaja kami mengetahui SMK Lundu telah terpilih dan ADG hanya ada masa 3 minggu untuk membuat persediaan sebelum pertandingan bermula.

Pemilihan telah dibuat dan latihan intensif siang malam pun bermula. Komitmen yang ditunjukkan oleh penari-penari yang telah terpilih serta guru-guru pembimbing amat membanggakan. Pada hujung minggu pula, latihan dijalankan hingga lewat malam.

Latihan intensif pada hujung minggu
Jam di atas menunjukkan pukul 1.50 pagi. Pada malam tersebut, latihan ditamatkan pada pukul 2.30 pagi.
Happy birthday! Semua yang menyambut hari jadi bulan Oktober ini - Hisna 3 Okt, Azfar 4 Okt dan Danny 9 Okt. ADG bersama-sama meraikannya.
Semua penari ASAT tahun ini - Ann, Jackly, Zahuri, Zahrin, Danny, Ronnie, Sharelyn, Lia, Sandy, Umi, Eryne, Hisna dan Mulder. Azfar pula sebagai penolong koreografer.

SK Rambungan pula adalah wakil sekolah rendah untuk bahagian Kuching. Sekolah ini juga terletak di Daerah Lundu dan agak berdekatan dengan SMK Lundu. Jadi penari-penari cilik SK Rambungan telah membuat lawatan ke SMK Lundu dan berlatih bersama-sama.

SK Rambungan, Lundu
SK Rambungan, Lundu

SMK Lundu dan SK Rambungan akan menggunakan bas yang sama pada petang 13 Oktober 2011 ke SMK Asajaya 2. Selamat berjaya bagi kedua-dua sekolah ini!