Memandangkan ahli-ahli pasukan elit ADG telah banyak berkorban untuk pertandingan dan persembahan sepanjang tahun 2011, guru-guru pembimbing ADG dengan berbesar hatinya membelanja makan malam khas untuk mereka. Ianya telah diadakan pada hari Selasa, 11 November 2011. Malangnya koreografer ADG tidak dapat hadir.

Pada hari tersebut juga, ADG turut memberi penghargaan kepada semua senior ADG yang bakal meninggalkan sekolah. Jasamu akan sentiasa dikenang.

Kuning betul mereka ni. Sorang jer ker pompuan di sini?
Sambil makan, sambil posing! Mulut sapa paling besar tu?
Billy & Monis control ayu. Yang lain, lantak makan.

Pantang tengok kamera, pasti pose!
Senyum camtu masa atas pentas nanti k. Mesti semua tertarik.
Kan dah kata, pantang tengok kamera. Pasal bergambar no. 1!
Senior ADG, jasamu dikenang. Dari kiri, Billy, Monis, Lydia, Marlon & Stanley.
Jangan lupa pula untuk mengenang jasa-jasa guru pembimbing ADG (dan yang juga sponser korang). Dari kiri, Cikgu Susie, Cikgu Halimah, Cikgu Lily, Cikgu Morgan & Cikgu Colin.
Advertisements