Kontigen ADG bergambar dengan bekas Pengetua SMK Lundu dan Pengetua bagi SMK TAH Openg sekarang, Puan Hajah Haminah binti Lek.

Keputusan penuh Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Bahagian Kuching yang diadakan pada 18 dan 19 April 2012 lepas di Dewan Auditorium MBKS.

Kategori Etnik :
Johan – SMK Lundu
Naib Johan – Sekolah Seni Kuching
Ketiga – SM Teknik Sejingkat

Kategori Rampaian :
Johan – SMK Lundu
Naib Johan – SMK Pending
Ketiga – Sekolah Seni Kuching

Busana Terbaik – SMK Pending
Susunan Muzik Terbaik – Sekolah Seni Kuching
Koreografi Terbaik – SMK Lundu

KEPUTUSAN KESELURUHAN :
Johan : SMK Lundu
Naib Johan : Sekolah Seni Kuching
Ketiga : SM Teknik Sejingkat

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Kontigen-kontigen tarian berkumpul, berehat dan bersedia di ruang legar MBKS.

ADG amat bersyukur dengan kejayaan ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, pihak sekolah (Pengetua, PK1, PK Hem, PK Koku, Penyelaras T6, Warden-warden Asrama, guru-guru & banyak lagi), guru-guru pembimbing, koreografer, penari-penari, ibu bapa, penganjur dan semua penyokong-penyokong ADG. Terima kasih khas juga bagi Madam Marina Danker, pengasas DomMarina Portuguese Culture of Malacca, atas panduan, tunjuk ajar dan nasihat beliau. Tanpa bantuan dan sokongan anda semua, mustahil bagi ADG untuk sampai ke tahap ini.

SMK Lundu (wakil Bahagian Kuching) dan Sekolah Seni Kuching (wakil Sekolah Seni) akan pergi ke peringkat negeri di Mukah. Tarikh pertandingan peringkat negeri adalah dijangka pada 27 Jun 2012 (tertakluk kepada perubahan).

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang pertandingan ini:

Bergambar awal pagi di taman bersebelahan dengan MBKS
Bergambar dengan ayunya
Berlatar belakangkan MBKS
SMK Sejingkat
SMK TAH Openg
SMK Pending
Sekolah Seni Kuching
SMK Lundu
SMK Lundu
Bergambar bersama Encik Mohee bin Hashim (tengah), aktivis Budayawan Negeri Johor. Salah seorang panel hakim Festival Zapin Johor.
Menunggu keputusan diumumkan
Johan Etnik, Rampaian dan Keseluruhan
Bergambar dengan SMK TAH Openg
Bergambar dengan Sekolah Seni Kuching setelah selesai pertandingan

Berikut adalah gambar-gambar luaran semasa dan selepas pertandingan:

Pergi ke Fun Fair Samarahan untuk berseronok walaupun keesokan harinya adalah pertandingan bagi kategori etnik. Yang penting kita enjoy bertanding.
Naik kapal
Pusing laju-laju
Main langar-langar
Kelaparan setelah bersuka-ria di Fun Fair.
Cikgu belanja ais-krim bagi semua di Waterfront selepas habis pertandingan
Pose di Waterfront