SMK Lundu johan!

Keputusan Rasmi Pertandingan Tarian Peringkat Negeri Sarawak yang telah diadakan di Dewan Mesra Mukah pada 28 Jun 2012 lepas:

SEKOLAH MENENGAH

Kategori Etnik :
1. Johan: Bhgn Kuching (SMK Lundu)
2. Naib Johan: Bhgn Samarahan (SMK  Kota Samarahan)
3. Ketiga : Sekolah Seni Kuching

Kategori Rampaian :
1. Johan: Bhgn Kuching (SMK Lundu)
2. Naib Johan: Bhgn Samarahan (SMK  Kota Samarahan)
3. Ketiga : Sekolah Seni Kuching

Keseluruhan :
1. Johan: Bhgn Kuching (SMK Lundu)
2. Naib Johan: Bhgn Samarahan (SMK  Kota Samarahan)
3. Ketiga : Sekolah Seni Kuching

SEKOLAH RENDAH

Kategori Etnik:
1. Johan : Bhgn Kapit  (SK Long Busang, Belaga)
2. Naib Johan : Bhgn Mukah (SK Kuala Balingian)
3. Ketiga : No. 3 : Bhgn Samarahan (SK Dato Traoh)

Kategori Rampaian:
1. Johan : Bhgn Samarahan (SK Dato Traoh)
2. Naib Johan: Bhgn Mukah (SK Kuala Balingian)
3. Ketiga : Bhgn Bintulu (SK Kidurong 1)

Keseluruhan :
1. Johan : Bhgn Samarahan (SK Dato Traoh)
2. Naib Johan: Bhgn Mukah (SK Kuala Balingian)
3. Ketiga : Bhgn Kapit  (SK Long Busang, Belaga)

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur (PPD Mukah) dan juga orang-orang di Mukah atas layanan yang mesra. Terima kasih juga diucapkan kepada kontigen dari SK Encik Buyong atas sokongan padu dan jeritan sokongan yang maha kuat dari budak-budak sekolah rendah serta gurunya sekali apabila kontigen dari SMK Lundu beraksi. Malah hampir semua kontigen-kontigen dari setiap bahagian sama-sama menyokong satu sama lain pada tahun ini dan ini merupakan persaingan yang amat sihat.

Untuk pengetahuan, pertandingan peringkat kebangsaan tidak akan diadakan. Walau bagaimanapun, sekolah yang menang akan dihantar untuk satu Festival Kebudayaan/Kesenian yang akan diadakan di Melaka pada tahun ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang pertandingan ini:

Lelaki Portugis
Nyonya Portugis
Aksi tarian rampaian
Bergambar dengan Encik Ellen @ Manium Enggang Ketua Sektor dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
Dapat mug kopi setiap seorang
SMK Lundu dan SK Long Busang Kapit
SMK Lundu dan SMK Three Rivers Mukah
Habis pertandingan, balik hotel tukar pakaian dan terus pergi makan di restoran tepi sungai
Perempuan pun kelaparan. Muka masih bermakeup!
Besarnya udang di Mukah
Pangkalan di tepi sungai

Advertisements