*update terbaru

Tarikh : 20-23 Oktober 2012
Tempat : SMK Meradong
Pengelola : PPD Sarikei

Penginapan : SMK Meradong
Taklimat : 08.00pm – 20 Oktober 2012
Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah : 09.00am – 23 Oktober 2012  Dewan Besar SMK Tinggi Sarikei

Pertandingan Tarian : 08.00pm – 21 dan 22 Oktober 2012 – Dewan Besar SMK Meradong

Syarat-syarat Pertandingan Tarian Tradisional:

BIL. PERKARA

PERINCIAN

1. MATLAMAT

Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah / menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2. OBJEKTIF

2.1 Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari.

2.2 Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang, joget, asli yang sistematik.

2.3 Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.

2.4 Mewujudkan sebuah kumpulan tarian di kalangan pelajar asrama sekolah.

2.5 Mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap generasi agar ia tidak luput di telan zaman.

2.6 Sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar.


3. KONSEP PERTANDINGAN

3.1 Nama : Pertandingan Rampaian Tarian Tradisional.

3.2 Rampaian TIGA tarian tradisional (Zapin, Joget, Inang, Asli) dan BUKAN gerak tari kontemporari / kreasi baru

3.3 Satu persembahan rampaian tarian yang berterusan dan tidak dipersembahkan dalam tiga masa yang berbeda.

4. LAGU / MUZIK IRINGAN

4.1 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu-lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.

4.2 Lagu / Muzik iringan adalah secara permainan CD, bukan ‘live music’


5. PENYERTAAN

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah asrama harian (SMK – Ting. 1-6 / SK Tahun 1-6)

5.2 Setiap bahagian hanya layak menghantar satu pasukan yang terdiri dari 8 (minimum) hingga 15 peserta (maximum)

5.3 Setiap pasukan akan diiringi oleh seorang pengurus dan seorang jurulatih.

6. PERSEMBAHAN

6.1 Setiap kumpulan hanya mempersembahkan SEBUAH tarian rampaian.

6.2 Pakaian peserta mestilah bersesuaian dengan pilihan tarian dan tidak menjolok mata.

6.3 Persembahan tarian wajib melibatkan semua peserta dalam pasukan tetapi tidak semestinya melibatkan semua jenis tarian.

6.4 Ketua Hakim akan menentukan samada kumpulan dibenarkan membuat persembahan ulangan jika berlaku kerosakan teknikal pada CD / Pemain CD

7. MASA

7.1 Persembahan Rampaian Tarian Tradisional tidak boleh kurang daripada 6 minit dan tidak melebihi 10 minit.

8. CD LAGU

8.1 Setiap pasukan mesti serah CD Lagu (sila labelkan nama pasukan pada CD tersebut) kepada pengelola dua minggu sebelum pertandingan

9. PEMARKAHAN 9.1 Koreografi atau keaslian tari – 35 markah

9.2 Kesantunan & Adab Pentas – 20 markah

9.3 Busana dan tatarias – 20 markah

9.4 Pecahan tari dan pola lantai – 15 markah

9.5 Koordinasi gerakan dan muzik – 10 markah

10. PEMENANG 10.1 Tempat Pertama SR/SM

10.2 Tempat Kedua SR/SM

10.3 Tempat Ketiga SR/SM