Sempena sambutan ini, daerah Lundu telah diamanahkan untuk membuat persembahan pada acara yang berlangsung di Dewan Sukan Stephen Kalong Ningkan Betong pada hari Sabtu 22 September lepas. SMK Lundu dan SMK Sematan telah bergabung tenaga dan diminta untuk mempersembahkan tarian Melayu Zapin Sebat dan Bidayuh Selako Wek Jongan. Namun pada saat-saat akhir, tarian Wek Jogan telah dibatalkan.

Kontigen lelaki tinggal di SMV Betong manakala perempuan pula di SMK Datuk Patinggi Kedit. Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua sekolah ini kerana sudi menerima kontigen kami selama beberapa hari di sana.

Acara ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Alfred Jabu Numpang dan berakhir pada tengahari hari tersebut.

Berikut adalah gambar dan video sepanjang acara tersebut:

SMK Lundu dan SMK Sematan bersama-sama berlatih di dewan SMK Sematan. Tima kacih SMK Sematan, cikgu2 dan penari2 korang mmg best. Harap2 leh sama2 join sekolah menari lagi pada masa hadapan!
Suasana di dalam bas pergi dan balik. Ada yg mabuk bas (termasuk cikgunya sekali)…
Berlatih di luar dewan sementara menunggu giliran raptai. Org lain ingatkan rajin tp sebenarnya koreo lom abis.
Raptai hari pertama. Bebudak nebes.
Raptai penuh tp kostum separuh yg pakai. Simpan utk hari sebenar.
Cikgu Morgan ke hulu ke hilir bawa bunga plastik & cacak kat sanggul bebudak. Cikgu Colin khusyuk menconteng muka budak supaya nampak cantik & anggun.
Cikgu Alice mencacak bunga. Sapa yg bergambar di blkg tu?
Cikgu Jidit mengatur sampin budak.
Cikgu Halimah pun menconteng muka budak.
Apasal muka lelaki di blkg tak ceria? Senyum sket, mcm yg di depan tuh…
Persembahan SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor Kuching oleh pelajar OKU.
Pentomin dari pelajar Betong. Jepun vs org kpg vs askar Malaysia.
Persembahan Silat dari Bahagian Sibu – SMK Methodist.
Persembahan gendang Cina beramai-ramai. Bunyinya sungguh ‘meruntuhkan jantung.’ Hebat…
Tarian Orang Ulu dari Bahagian Kapit.
Tarian Melanau dari Bahagian Mukah (SMK Three Rivers).
Tarian Lun Bawang dari Bahagian Limbang.
Tarian Adai-adai dari Bahagian Miri. Adik2 sekolah rendah menari.
Tarian Bidayuh dari Bahagian Samarahan (SMK Samarahan).
Tarian Iban dari Bahagian Betong (SMV Betong & SMK Datuk Patinggi Kedit)
Tarian Melayu Zapin Sebat dari Bahagian Kuching (SMK Lundu & SMK Sematan)
Bergambar dulu sebelum balik. Nak bergambar atas pentas tp ramai sgt dah booking. Di bawah pun cukuplah.
Bantal busyuk dan patung tak boleh tinggal. Nanti mengigau & tak nyenyak tidur.