ADG dinobatkan johan bagi tahun ini

Pertandingan Tarian ini diadakan pada 22 Oktober 2012 lepas. Sekolah rendah berentap pada sebelah pagi manakala sekolah menengah pula pada sebelah malamnya.

Keputusannya:

Kategori Sekolah Menengah
Johan : Bahagian Kuching – SMK Lundu
Naib Johan : Bahagian Mukah – SMK Matu Daro
Ketiga : Bahagian Kapit – SMK Kapit

Kategori Sekolah Rendah
Johan : Bahagian Mukah – SK Kuala Balingian
Naib Johan : Bahagian Kuching – SK Rambungan
Ketiga : Bahagian Kapit – SK Long Busang

ADG ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan setinggi-tinggi terima kasih kepada penganjur, PPD Sarikei dan SMK Meradong. Juga kepada SMK Tinggi Sarikei di mana Majlis Penutupan ASAT diadakan pada pagi 23 Oktober 2012.

Berikut adalah gambar yang diambil semasa pertandingan tersebut:

Menunggu ketibaan bas pada 7am (Sabtu – 20 Okt) di dewan sekolah
Perjalanan ke Sarikei, mula-mula semua masih ceria. Beberapa minit kemudian, semua pengsan tidoo…
Kami baru sampai di SMK Meradong! Dah petang 4pm. Penat tapi bersemangat.
Sampai saja, terus mendaftar. Kagum melihat dewan/stadium SMK Meradong yg besar. Kumpulan lain yang datang awal sedang sibuk membuat penyesuaian pentas masa ni. Nebes tengok org lain tekun berlatih.
Tiba di asrama lelaki. Selepas sahaja letak beg, bergegas ke dewan SMK Meradong untuk penyesuaian pentas (ala-ala cemas tengok org lain siap sedia).
Buat penyesuaian pentas malam itu lagi sekali. Sambil tunggu giliran, tengok juga sekolah lain. Hebat-hebat nampaknya.
Keesokan paginya (Ahad – 22 Okt), menyaksikan pertandingan nyanyian sekolah rendah. Adik dari SK Teluk Melano Lundu Bahagian Kuching memenangi kategori ini (lupa namanya) dengan lagunya ‘Kisah Hati.’ Vokal powerr..
Malamnya pula, giliran Stephina Wendy dari SMK Lundu yang mewakili Bahagian Kuching.
Persembahannya dengan lagu ‘Memori Tercipta.’
Stephina Wendy mendapat tempat kedua. Perserta dari Bahagian Sarikei johan. Yang ketiga lupa pula dari mana (minta maaf ye). Tahniah kepada semua peserta!
Keesokan paginya (Isnin – 22 Okt) giliran kumpulan tarian pula. Pagi itu untuk kategori sekolah rendah, ADG turun padang untuk menyokong pasukan dari Lundu Kuching SK Rambungan. Mereka berjaya mendapat tempat kedua. Tahniah!
Petang itu, giliran ADG pula untuk bersiap sedia.
Berdoa sebelum ke dewan untuk bertanding.
Selepas itu terus ke dewan. Sementara menunggu majlis bermula, pukul 8pm baru dapat menjamah nasi.
Giliran Bahagian Kuching (ADG) adalah yang terakhir pada malam itu.
ADG dinobatkan sebagai johan.
Bergambar bersama guru pembimbing, warden-warden, PK HEM SMK Lundu dan penyokong ADG. Kejayaan ADG tidak mungkin tanpa sokongan padu dari mereka semua.
Doa kesyukuran atas kejayaan ADG sebelum balik ke asrama.
Esoknya (Selasa – 23 Okt), ADG diminta membuat persembahan di SMK Tinggi Sarikei sempena Majlis Penutupan ASAT. Bangun 4am untuk bersiap-siap tapi tak siap-siap juga.
Teruskan bersiap-siap dan bermakeup di bawah dewan. Budak lelaki pun nak nampak encem atas pentas.
Menunggu giliran di belakang dewan.
Dewan SMK Tinggi Sarikei.
Selepas tamat majlis, ADG dibawa ke Sugar Bun Sarikei untuk meraikan kejayaan mereka.
Perjalanan balik pada tengahari sampai ke malam. Sedapnya tidur. Sampai ke sekolah dalam 10.30pm. Keesokan paginya, sekolah seperti biasa.

Advertisements