Tarikh    : 10 Disember 2014
Masa      : 8.00 – 10.00 malam
Tempat  : Dewan Undangan Negeri (DUN) Baru Sarawak

SMK Lundu (ADG) telah dijemput untuk menyertai konsert ini dan telah mempersembahkan beberapa tarian seperti tarian Melayu, tarian Selako dan juga sebagai penari latar belakang beberapa orang penyanyi.

Maaf, tiada gambar pada hari kejadian kerana guru-guru pembimbing sangat sibuk sehingga tiada masa mengambil gambar. Berikut adalah gambar-gambar sebelum hari tersebut.

1455029_614768025227827_1645276289_n 1459661_614768145227815_779409903_n1491409_615118815192748_915782546_o1017038_615162891855007_1032845396_nBerikut adalah petikan dari Utusan Sarawak bertarikh 06 Disember 2013.

Konsert Jabatan Pendidikan 10 Disember

KUCHING, Khamis Jabatan Pendidikan Sarawak akan menganjurkan konsert bertemakan ‘Sarawak Harmoni, Kemakmuran Dinikmati’ selaras dengan tema menyambut kemerdekaan negeri Sarawak yang ke-50 bertempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 10 Disember 2013.

Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Abdillah Adam berkata, ia adalah sebagai kesinambungan kepada konsert-konsert yang telah dan pernah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Sarawak sebelum ini. Menurutnya,konsert kali ini juga akan mempamerkan kepelbagaian bakat serta kebolehan warga jabatan dalam bidang seni dan budaya.

“Konsert ini membariskan 400 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan staf sokongan di jabatan, guru serta murid-murid sekolah rendah dan menengah termasuk juga warga Institut Pendidikan Guru (IPG) yang berkhidmat di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar di bangunan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, Petra Jaya di sini hari ini. Katanya, mereka yang menyertai konsert itu akan bergandingan menggembleng tenaga, kemahiran serta bakat kesenian dalam pelbagai genre bagi memartabatkan seni budaya masyarakat majmuk di Malaysia amnya dan di Sarawak khususnya.

“Penganjuran konsert ini merupakan suatu simbolisme untuk menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pucuk kepimpinan tertinggi negeri,” ujarnya. Maka, katanya, melalui persembahan konsert, dendangan lagu, alunan irama serta lenggang- lenggok tarian yang lemah gemalai, warga jabatan pendidikan ingin menzahirkan rasa kesyukuran atas keharmonian yang diwujudkan, rakyat seluruhnya dapat menikmati kemakmuran.