2014-02-12 16.02.38_resize

Berikut adalah petikan dari mStar Online yang telah diedit dan diringkaskan:

LUNDU (Sarawak): Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berserta Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Anggota Parlimen Santubong dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas) Tan Sri Adenan Satem merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu hadir untuk Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu, di sini.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan bersetuju menamakan dewan sekolah berkenaan sempena nama bunga Pakma atau Rafflesia iaitu ‘Dewan Pakma’ sebagai simbolik Taman Negara Gunung Gading di sini yang menjadi tumpuan kerana kewujudan bunga terbesar di dunia itu di taman berkenaan.

Tan Sri Adenan Satem yang yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu selepas Taib mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa 28 Februari ini berkata, daerah Lundu yang dibuka pada 22 Jun 1877 sangat bertuah kerana dikunjungi oleh Muhyiddin, kunjungan kedua oleh Timbalan Perdana Menteri.

Menurutnya Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein menjadi pemimpin negara yang pertama pernah berkunjung ke Lundu yang bersempadan dengan Kalimantan Barat (KALBAR), Indonesia, untuk merasmikan Jalan Biawak.

(Laporan penuh, sila klik laman mStar Online di sini)

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis tersebut dan petikan video dari Buletin Utama TV3.

    2014-02-14 09.31.29_resize 2014-02-14 09.33.15_resize 2014-02-14 09.36.28_resize image.jpg.pagespeed.ce.-SpMZ-hkoL_resize TPM_SEKOLAH lundu_resize

vlcsnap-2014-02-19-09h14m57s7_resize 2014-02-14 09.05.52_resize 2014-02-14 09.03.22_resize 2014-02-14 08.19.40_resize 2014-02-14 11.35.41_resizePetikan video Buletin Utama TV3 pada 14 Februari 2014: