01
Persembahan di hadapan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan isteri, Puan Sri Datuk Jamilah Anu.

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014 telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak pada 21 Jun 2014, di Kompleks Sukan Lundu.  Pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan NGOs turut serta dalam sambutan tersebut.

Antara aktiviti/program yang diadakan sepanjang sambutan berlangsung bermula 13 Jun hingga 21 Jun 2014 termasuklah Beach Soccer, Larian Merentas Desa Belia, pertandingan futsal, Program Kepimpinan Muda Islam dan Sinar Generasi Muda, Perkampungan SKYVO 2014 Siri 1, Pertandingan Memasak ‘Chef Muda’, Auto show, Mr Gym 1Malaysia Sarawak 2014 dan juga kejohanan Muaythai Piala Ketua Menteri Sarawak.

Tema Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014 ialah Dari Belia Untuk Belia.  Objektifnya, sebagai salah satu usaha untuk mengiktiraf para belia dengan memberi peluang untuk mereka mengetengahkan bakat serta minat dan juga mendekatkan para belia dengan Kerajaan agar mereka lebih memahami agenda pembangunan sekaligus meningkatkan taraf sosio-ekonomi para belia di negeri ini.  Selamat Menyambut Hari Belia 2014.

 – Petikan dari laman web Pejabat Daerah Lundu –

02