Malam Gala Gerak Rasa Semarak Tari

Pada kali ini, program ini diadakan di Kuching Sarawak dari 22-26 Jun 2014. Kemuncak program tersebut, iaitu ‘Malam Gala Gerak Rasa Semarak Tari’ telah diadakan pada malam 25 Jun di Auditorium TAZA bertempat di IPGM Batu Lintang Kuching.

Program Semarak Tari ini berkonsepkan pembelajaran melalui persembahan. Setiap kumpulan akan membawa seramai 12 orang murid – 6 lelaki dan 6 perempuan yang mana 2 orang murid (1 lelaki dan 1 perempuan) dari setiap kumpulan akan kekal dan bertindak sebagai penari / teknikal / pembantu guru manakala 10 murid yang lain (5 lelaki dan 5 perempuan) akan diagihkan kepada 18 kumpulan lain sebagai penari.

Lapan belas kumpulan dari setiap negeri, wilayah persekutuan dan juga Sekolah Seni Malaysia (SSM Johor dan SSM Kuching) telah mengambil bahagian. Mereka hanya diberikan masa sehari sahaja untuk melatih ahli-ahli baru mereka, yang telah diagihkan secara rawak, untuk membuat persembahan pada hari seterusnya. Kumpulan Negeri Sarawak telah memilih untuk mempersembahkan Tarian Melanau Menyak (Kreasi).

10483084_703194349718527_8707433065125577943_o_resize
Kumpulan dari Sarawak (ADG SMK Lundu) Atas dari  kiri: Tekuk dalam pasukan Negeri Selangor (Tarian Jawa Kontemporari). Faiz & Zahrin dalam pasukan Negeri Sarawak (Tarian Menyak Kreasi), Zahuri dalam pasukan WP Putrajaya (Tarian Inang Seri Putra.) Bawah dari kiri : Salina dalam pasukan Negeri Perak (Tarian Dabus.) Adrilyn dalam pasukan Negeri Johor (Tarian ‘Ketam Bangkang’.) Lia Impiana dalam pasukan Negeri Melaka (Tarian Portugis ‘Jingkling Nona’.) Umi dalam pasukan Negeri Sarawak. Sandy Baby dalam pasukan WP Labuan (Tarian ‘Cam Cam Bi’) Veronina & Joevine (tiada dlm gambar) dalam pasukan Sekolah Seni Kuching (Tarian Bidayuh ‘Rejang Be’uh’.) Beckly (tiada dlm gambar) dalam pasukan Negeri Pulau Pinang (Tarian Joget Jawi Peranakan.)

Setiap kumpulan akan dinilai dari segi komitmen dan kejayaan dalam mementaskan karya mereka pada sesi persembahan dan penilaian (Malam Gala Gerak Rasa Semarak Tari.) Pencapaian kumpulan akan diberi markah mengikut gred iaitu Platinum (90-100), Emas (75-89) Perak (60-74) dan Gangsa (45-59).

KEPUTUSANNYA:

Anugerah Pilihan Juri 5 Penari Wanita Terbaik :
1. Norsyafiqah Yahya
2. Sharonina Umi (Sarawak)
3. Rosnani Roslan
4. Putri Zalia
5. Norsaratul

Anugerah Pilihan Juri 5 Penari Terbaik Lelaki :
1. Mow Jong Bin
2. Mohd Sharaf Husin
3. Azrie Borhan
4. Abdul Malek
5. Mohd Amirul

Anugerah Penari Wanita Terbaik : Norarirah Amir (SSM Johor)
Anugerah Penari Lelaki Terbaik : Mohd Farid (Johor)
Koreografer Terbaik : Selangor
Busana & Tatarias Terbaik : SSM Johor

Anugerah PLATINUM :
Produksi Selangor dan SSM Johor
Anugerah EMAS :
Produksi WP Kuala Lumpur, Pahang dan Melaka
Anugerah PERAK :
Produksi Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, WP Labuan, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, WP Putra Jaya, SSM Kuching, Perlis, Sarawak dan Sabah.
Anugerah Gerak Rasa Semarak Tari Sekolah Menengah 2014 :
Produksi Selangor

Berikut adalah gambar-gambar ADG dan koleksi video persembahan kesemua 18 Produksi:

10446194_702665693104726_8811547248391794991_o_resize 10382120_703009159737046_4057661169482171315_o_resize 2014-06-25 19.51.54_resize 2014-06-25 19.50.20_resize

vlcsnap-2014-07-02-21h57m13s177  vlcsnap-2014-07-02-21h57m34s24810450974_703186416385987_47765248543638227_n_resize20140625_233020_resize 10446196_703181629719799_4035101186348607484_o_resizeKoleksi Video Persembahan:

Produksi Negeri Sarawak

Produksi Sekolah Seni Malaysia Kuching

Produksi Negeri Sabah

Produksi Negeri Selangor

Produksi Wilayah Persekutuan Labuan

Produksi Wilayah Persekutuan Putrajaya

Produksi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Produksi Sekolah Seni Malaysia Johor 

Produksi Negeri Pulai Pinang

Produksi Negeri Perlis

Produksi Negeri Perak

Produksi Negeri Pahang

Produksi Negeri Sembilan

Produksi Negeri Melaka

Produksi Negeri Kelantan

Produksi Negeri Kedah

Produksi Negeri Johor

Produksi Negeri Terengganu