2015-07-27 19.50.36

Pada malam 27 Julai 2015, ADG dijemput untuk membuat persembahan di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Peringkat Daerah Lundu di Dewan Masyarakat Lundu.

Turut bersama memeriahkan majlis ialah Dayang Nurfaezah bersama artis veteran, Salwa Abdul Rahman dan Azizul Khamis serta atis-artis tempatan.

10932445_1610108305945164_2069320309_n2015-07-27 19.47.10 vlcsnap-2015-08-04-01h32m56s416

Berita mengenai majlis tersebut dilaporkan di www.utusansarawakonline.com

nt1438094640

LUNDU, Selasa – Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem hadir ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Peringkat Daerah Lundu di Dewan Masyarakat Lundu, malam tadi. Majlis yang dihadiri sekitar 3,000 masyarakat berbilang kaum itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Ahli Parlimen Mas Gading Nogeh Gumbek dan kenamaan lain.

Dalam ucapan beliau, Ketua Menteri berkata di sebalik kepelbagaian masyarakat berbilang kaum di negeri ini, semua pihak dapat bersatu padu dan cara hidup sedemikian harus dijadikan teladan kepada masyarakat di negeri lain.

“Di negeri ini, sambutan Aidilfitri dirayakan oleh semua bangsa dan begitulah sebaliknya apabila perayaan lain dirayakan di negeri ini,” jelas Adenan. Beliau menjelaskan, perpaduan di sebalik kepelbagaian kaum turut menyerlahkan bagaimana rakyat di negeri ini dapat bersama merasai juadah setiap kaum dengan penuh rasa muhibbah dan kemesraan terjalin. Mengenai Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September Ketua Menteri meminta supaya hari penting tersebut diadakan di Sematan pada tahun ini.

“Kesempatan untuk mengadakan sambutan Hari Malaysia di Sematan adalah memandangkan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak akan merasmikan Lebuh Raya Pan Borneo dari Sematan ke Telok Melano pada 15 September,” jelas Adenan. Artis terkenal kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaezah turut memeriahkan suasana bersama artis veteran, Salwa Abdul Rahman dan Azizul Khamis serta atis-artis tempatan.

(Laporan penuh, sila klik laman Utusan Sarawak Online di sini)