2015-11-15 11.57.08_resize.jpg

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menganjurkan Karnival Program Pelancongan Pelajar (K3P) peringkat kebangsaan pada 12 hingga 15 November 2015 di i-City, Shah Alam. K3P bermatlamat untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada para pelajar terhadap kepentingan industri pelancongan dan kebudayaan negara. K3P juga diharapkan mampu memupuk budaya sukarelawan dalam menjaga kebersihan dan keindahan produk-produk pelancongan bahkan kesedaran terhadap prospek kerjayadalam industri ini.

Salah satu program tersebuat adalah Pertandingan Tarian Kebudayaan yang turut sama disertai oleh ADG, mewakili Negeri Sarawak setelah memenangi pertandingan tersebut di peringkat negeri tempoh hari.

KEPUTUSANNYA:

Johan : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Naib Johan : Negeri Sarawak (ADG – SMK Lundu)
Ketiga : Negeri Melaka