Persembahan Sempena Pelancaran Komuniti Pintar Daerah Lundu

2016-02-27 15.53.12_resize
Tarian bertajuk ‘Komuniti.’

Berikut adalah berita dari Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Lundu.

Majlis Pelancaran Komuniti Pintar Lundu anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM, telah dirasmikan oleh YB Datu Haji Len Talif Salleh,Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak. Majlis  telah berlangsung di Rumah Inap Desa Haji Bujang, Kampung Pandan Lundu, pada 27 Februari 2016 (Sabtu), Jam 10.00 pagi.

 Beberapa aktiviti telah diatur bagi mengisi program pada hari tersebut diantaranya ialah sesi perkongsian bersama Pegawai Daerah Kemaman, Perak mengenai Pelaksanaan Komuniti Pintar Kemaman, sesi perkongsian bersama Perpustakaan Awam Daerah Kemaman, perkongsian oleh Pemenang Pertandingan Appsterboss dan pameran booth dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Seramai 300 orang telah datang menghadiri majlis tersebut walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Berita ini juga telah disiarkan di laman web Bernama.

Komuniti Pintar Lundu Tingkat Taraf Hidup Dan Sosioekonomi Penduduk

LUNDU, 27 Feb (Bernama) — Inisiatif Komuniti Pintar Lundu yang dilancarkan hari ini, akan memberi peluang kepada komuniti di daerah itu untuk memanfaatkan penambahbaikan dan pembangunan perkhidmatan telekomunikasi.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan selain itu, masyarakat di Lundu dapat mengguna aplikasi dan kandungan, perluasan perkhidmatan pos dan capaian penggunaan jalur lebar.

“Mereka kini berpeluang menikmati kehidupan lebih baik berikutan usaha-usaha penambahbaikan dan pembangunan yang bakal dilaksanakan di bawah inisiatif Komuniti Pintar Lundu,” kata SKMM dalam kenyataan di sini.

Inisiatif itu, yang diperkenalkan pada awal 2015 di Kemaman, akan menjadi penanda aras kepada daerah lain di Sarawak dalam aspek pembangunan berpandukan konsep ‘1 Daerah, 1 Negeri’ serta meningkatkan taraf kehidupan dan sosioekonomi melalui platform teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan capaian kepada informasi.

Komuniti Pintar Lundu dilancarkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datuk Len Talif Salleh yang mewakili Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem. Turut hadir Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie.

Turut dilancarkan pada majlis itu ialah Program Sukarelawan ICT Malaysia atau MIV di bawah seliaan SKMM dan khidmat Ejen Pos Berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia.

Program MIV bertujuan memperkasa rakyat Malaysia menjadi warga digital yang memainkan peranan dalam menggerakkan negara ke arah sebuah negara pintar dengan menyasarkan 50 sukarelawan yang akan ditempatkan di 10 Pusat Internet.

Sebagai permulaan, program MIV akan dilaksanakan secara berperingkat dalam komuniti di sekeliling Pusat Internet terpilih di seluruh negara.

Khidmat Ejen Pos Berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia pula dijangka memberi manfaat kepada penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak dalam mendapat akses kepada perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dan kemudahan berkaitan ICT.

Selain itu, ia menawarkan perkhidmatan dan produk Pos Malaysia serta bertindak sebagai pusat utama untuk perkhidmatan penghantaran dalam kawasan di sekitar selatan Sarawak.

Lundu, yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Kuching, menjadi daerah kedua di negara ini yang dipilih sebagai pusat pelaksanaan inisiatif komuniti pintar selepas Kemaman pada awal Mac 2015.

–BERNAMA

Advertisements

Published by

CKn

Just like another human being

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s