11259097_809538562524311_5916890777743928852_o.jpg

Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2016 merupakan satu landasan bagi mengenalpasti kumpulan yang akan dipilih untuk terlibat dalam manifestasi Festival Tari Malaysia 2017.

Negeri Sarawak ternyata digeruni kerana kuasa penaklukannya dalam Festival Tari Malaysia (FESTARI). Sarawak menjadi pemenang pertama penganjuran anugerah berprestij ini pada tahun 1992 oleh kumpulan Pembangunan Sosial Sarawak diikuti kejayaan cemerlang oleh kumpulan Kampung Budaya Sarawak (1994), kumpulan Pembangunan Sosial Sarawak (1999), kumpulan Kesenian PAWANA Tari (2003), kumpulan Anak Dalam Gading (2013) dan kumpulan Sanggar Budaya Miri (2015). Tahun ini JKKN Sarawak membuka gelanggang pencarian kumpulan yang bakal mewakili negeri bumi kenyalang untuk berentap merebut kejuaraan dwi tahunan ini. Jika anda ingin meneruskan legasi penguasaan negeri Sarawak jom sertai Festival Tari Sarawak 2016 secara ‘online’ mahupun ujibakat.

Penilaian dilaksanakan melalui persembahan rakaman secara online dan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak. JKKN membuka laluan kepada semua WARGANEGARA Malaysia yang berminat untuk menunjukkan bakat dalam bidang tari dan berumur 13 tahun ke atas. Setiap kumpulan yang bertanding perlu menghantar visual tarian rakaman video dalam format (HD-High Definition) secara online di fanpage JKKN Sarawak(https://www.facebook.com/JKKN-Sarawak-130846000393574/ ). Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang kos pembabitan dalam pertandingan kali ini. Justeru itu, sekiranya anda berada jauh dari bandaraya Kuching dinasihatkan untuk memuat naik (upload) video berdurasi empat hingga lima minit SAHAJA.

Bagi kumpulan yang tidak mempunyai kemudahan mengakses internet untuk penyertaan secara ‘online’ bolehlah hadir ke UJIBAKAT TERBUKA pada 29 Mei, 31 Julai, 28 Ogos dan 25 September 2016 di bandaraya Kuching.

Sementara itu kumpulan yang berjaya layak ke peringkat akhir FESTARI Peringkat Negeri Sarawak akan dinilai pada 27 November 2016.

Kumpulan bertanding hendaklah melengkapkan borang penyertaan dan dihantar kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak dialamat seperti berikut ;

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Sarawak (JKKN Sarawak)
Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar (Federal Government Building)
Jalan Simpang Tiga , 93300 Kuching , Sarawak
Tel: 082-422006 / 423106 / 242 784 Fax: 082-244394
Email: info.budaya@gmail.com

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN & PERTANDINGAN
FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2016
____________________________________________

A. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

i. Penyertaan terbuka kepada semua WARGANEGARA Malaysia yang berminat untuk menunjukkan bakat dalam bidang tari dan berumur 16 tahun ke atas 13 tahun ke atas.

ii. Bagi tahun 2016 pertandingan akan dilaksanakan secara online fanpage.

iii. Setiap kumpulan yang bertanding perlu menghantar tarian dalam bentuk rakaman video dalam format (HD High Definition Video) secara online di fanpage JKKN Sarawak (https://www.facebook.com/JKKN-Sarawak-130846000393574/ ).

iv. Warga kerja KPK dan JKKN tidak dibenarkan terlibat.

v. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai permasalahan dari segi kesihatan.

vi. Sebarang kos pembabitan dalam pertandingan di bawah tanggungan kumpulan sendiri.

B. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan terdiri daripada Tiga (3) kategori iaitu ;-

1.1. KATEGORI TARIAN TRADISIONAL
Persembahan hendaklah dalam bentuk asal tarian tradisi / etnik (muzik dan pola lantai) masyarakat Malaysia.
Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan tarian tradisi / etnik masyarakat Malaysia daerah atau negeri masing-masing.
Bagi negeri yang tidak mempunyai tarian tradisi, boleh mempersembahkan tarian tradisi negeri yang paling hampir dengan negeri tersebut.

1.2. KATEGORI TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL
Kategori ini berasaskan tarian Zapin, Inang, Joget dan Asli. Setiap kumpulan hendaklah memilih sekurang-kurangnya 2 tarian menggunakan Lagu Asli Melayu berasaskan tarian Zapin, Inang, Joget dan Asli.

1.3. KATEGORI TARIAN MODEN
Tarian moden yang popular. Karya tari yang tidak melanggar tatasusila dan budaya masyarakat Malaysia. Penampilan dan tatarias hendaklah menjaga nilai dan budaya masyarakat Malaysia.
Skop tarian moden yang merangkumi tarian-tarian seperti:
Street Dance, Latin (Ballroom, Salsa, Tango), Kontemporari, Modern Ballet, Jazz, Hip hop, Line Dance, Tap, Bally, Lyrical Dance dan lain-lain lagi.

2. Jumlah ahli kumpulan TIDAK MELEBIHI 15 orang termasuk pengurus, koreografer dan krew.

3. Setiap kumpulan dibenarkan memilih SATU (1), DUA (2) ATAU KETIGA –TIGA kategori yang dipertandingkan.

  • Kategori Tarian Tradisional
  • Kategori Tarian Rampaian Tradisional
  • Kategori Tarian Moden

4. Setiap peserta hanya dibenarkan terlibat dalam satu (1) kumpulan sahaja. Sekiranya pihak urus setia mendapati adanya penglibatan peserta yang sama dalam kumpulan lain maka pihak urus setia akan membatalkan penyertaan kumpulan yang terlibat.

5. Johan bagi setiap kategori Lima (5) kumpulan terbaik setiap kategori di negeri akan dinilai semula oleh panel juri yang dilantik oleh JKKN Ibu Pejabat bagi memilih sebanyak lima (5) kumpulan terbaik setiap kategori seluruh Malaysia untuk dipertandingkan di Festival Tari Malaysia 2017 (Tertakluk kepada cadangan aktiviti tahun 2017).

6. Kumpulan bertanding hendaklah melengkapkan borang penyertaan dan dihantar kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak di alamat seperti berikut ;

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Sarawak (JKKN Sarawak)
Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar (Federal Government Building)
Jalan Simpang Tiga , 93300 Kuching , Sarawak
Tel: 082-422006 / 423106 Fax: 082-244394
Email: info.budaya@gmail.com

7. Penggunaan alat-alat muzik tradisi atau alat muzik elektronik untuk kesan bunyi adalah dibenarkan.

8. Nyanyian secara langsung juga adalah dibenarkan.

9. Kumpulan TIDAK DIBENARKAN memapar unsur-unsur menghairahkan dan menggunakan perkataan lucah dan berbaur perkauman yang bertentangan dengan nilai masyarakat tempatan, agama dan keperibadian bangsa. Misalnya melalui penggunaan kostum menjolok mata, pergerakan dan seni kata lagu yang mengiringi tarian.

10. Kumpulan haruslah bertanggungjawab sekiranya melibatkan perundangan dalam hak cipta serta pembayaran royalti dan sagu hati.

C. SYARAT-SYARAT LAIN

1. Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri semasa pertandingan berlangsung bagi menjaga nama baik individu, kumpulan dan pihak penganjur dari semua aspek.

2. Penggunaan selipar, seluar pendek dan t-shirt leher bulat adalah DILARANG sama sekali sewaktu menyaksikan pertandingan termasuk majlis perasmian dan majlis penyampaian hadiah.

3. Kumpulan dan peserta mestilah mematuhi arahan dan peraturan pihak penganjur bagi memastikan kelancaran Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2016.

4. Semua peserta adalah dicadangkan dan digalakkan untuk mengambil perlindungan insurans sepanjang program berlangsung.

5. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri-negeri serta semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri 2016 tidak akan bertanggungjawab ke atas kemungkinan risiko semasa membuat persembahan.

6. Pihak penganjur berhak untuk merakam, menerbit, mencetak, menyiar dan menjual rakaman Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri 2016. Peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan. Penerbitan adalah menjadi hak milik penganjur.

7. Keputusan panel Hakim dan penganjur adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

8. Pihak penganjur akan memaklumkan apa-apa perubahan berkaitan penganjuran dari masa ke semasa.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi;

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Sarawak (JKKN Sarawak)
Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga , 93300 Kuching , Sarawak
Tel: 082-422006 / 423106 Fax: 082-244394
Rangkaian Media Sosial : JKKN Sarawak (Facebook / Instagram / Twitter)
Email: info.budaya@gmail.com

13112798_810022315809269_2912304112797573413_o.jpg

* Keseluruhan artikel ini adalah hak milik Unit Dokumentasi & Promosi JKKN Sarawak
** Diterbitkan semula dari laman fanpage JKKN Sarawak (https://www.facebook.com/JKKN-Sarawak-130846000393574/ ).

13062874_810021685809332_1312758247498202991_o13055814_810021759142658_8509062058727294049_o13071877_810021809142653_3655025065278340860_o

Advertisements