2016-05-25 10.01.17_resize.jpg

ADG telah dijemput untuk membuat persembahan di The Waterfront Kuching pada 25 Mei 2016 yang lalu.

Acara tersebut adalah majlis pelancaran buku oleh Encik Azmi Bujang yang bertajuk ‘The Story Behind the Villages in Lundu District’ (Kisah di Sebalik Perkampungan di Daerah Lundu). Majlis itu juga turut disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan beberapa menteri muda.