Tidak tahu Lundu di mana? Hmm...
Tidak tahu Lundu di mana? Hmm…

ANAK DALAM GADING

‘Anak Dalam’ dalam bahasa Salako bermaksud ‘Putera Puteri Terpilih dan Teristimewa’ dalam sebarang upacara masyarakat etnik Bidayuh-Salako dari daerah kecil Lundu. ‘Gading’ pula diambil bersempena nama Gunung Gading (yang mana juga terletaknya Taman Negara Gading) yang terletak bersebelahan dengan Lundu. Jadi, ‘Anak Dalam Gading’ bolehlah diertikan sebagai ‘Putera Puteri dari Daerah Gading yang Terpilih dan Teristimewa.’

Sehijau Gunung Gading yang menaungi lembah dan lurah daerah kecil ini, begitulah rata-rata usia ahlinya dari pelbagai kaum dan etnik. Penubuhan Anak Dalam Gading pada sekitar tahun 2005 di SMK Lundu adalah atas dasar ingin memartabatkan seni budaya bangsa khususnya dalam bidang seni tari. Bertitik tolak dari situ, Anak Dalam Gading sering membuat persembahan dan menyertai pertandingan bagi tujuan pendedahan dan mengasah bakat mereka agar kecintaan dalam seni tari bertunas sedari rebungnya.

SEJARAH PENUBUHAN

Kumpulan Tarian Pertama - Anak Dalam Tok'wi (2005)
Kumpulan Tarian Pertama (2005)

Kelab Giat Budaya SMK Lundu merupakan kelab yang ditubuhkan pada tahun 2005. Pada mulanya ia dinamakan Kelab Kesenian dan Kebudayaan SMK Lundu dan di bawah bimbingan 7 orang guru dan mempunyai ahli seramai 150 orang. Pada masa itu, sebagai kelab yang baru bertapak dan mula untuk mengorak langkah, pelbagai kekangan terpaksa diharungi terutamanya dari segi logistik dan kewangan. Namun, guru-guru dan ahli kelab bertekad untuk memastikan semua aktiviti yang dirancang dapat disempurnakan dengan jayanya.

Pada tahun 2008, nama kelab ini telah ditukarkan kepada Kelab Giat Budaya yang mana sekarang kelab ini adalah khusus kepada aspek tarian sahaja.

OBJEKTIF

  1. Mendedahkan pelajar kepada kesenian dan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum di negara kita.
  2. Memupuk semangat cintakan kesenian dan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum di negara kita.
  3. Mengembangkan bakat pelajar ke tahap maksimum.
  4. Meneruskan kesinambungan kesenian dan kebudayaan masyarakat tempatan.
  5. Mewujudkan semangat kerjasama, tolak ansur dan hormat menghormati ke arah mengeratkan perpaduan di kalangan ahli.
  6. Menjadikan SMK Lundu sebagai sekolah terbilang dalam aspek kesenian dan kebudayaan.
Bakal mempersembahkan tarian pertama mereka di Dewan Masyarakat Lundu sempena Hari Penyampaian Hadiah 2005
Bakal mempersembahkan tarian pertama mereka di Dewan Masyarakat Lundu sempena Hari Penyampaian Hadiah 2005
Bersedia untuk Persembahan semasa Bulan Kemerdekaan 2005
Bersedia untuk Persembahan semasa Bulan Kemerdekaan 2005

PERSEKITARAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUNDU

smk-lundu-05smk-lundu-06

Alamat sekolah:
SMK Lundu,
KM2, Jalan Lundu/Pandan,
94500 Lundu,
Sarawak

Untuk mengetahui mengenai SMK Lundu dengan lebih lanjut, sila layari:

Laman Web Rasmi sekolah

Advertisements