Penghargaan kepada Kumpulan Tarian Sekolah-sekolah di Daerah Lundu

Daerah Lundu terkenal sebagai sebagai sebuah daerah yang aktif dan telah banyak merangkul kejayaan dan menjadi johan dalam pertandingan seni tari yang diadakan di peringkat bahagian, negeri dan juga kebangsaam. Untuk menghargai mereka yang telah banyak menyumbangkan kepada kejayaan ini, para Guru Besar, Pengetua, guru-guru pembimbing dan penari-penari sekolah yang telah mengharumkan nama Daerah Lundu telah diraikan semasa makan tengahari bersama YB N3 Tanjung Datu Lundu, YB Datuk Amar Datin Patinggi Hajah Jamilah Binti Haji Anu pada 30 Oktober 2017 sebagai menghargai pencapaian sekolah-sekolah berikut di Union Yes Retreat & Training Centre :

SMK Lundu – Anak Dalam Gading
SMK Lundu (PPKI) – Anak Gading Kencana
SK Bumiputera (PPKI) – Anak Dalam Bumi
SK Rambungan – Anak Dalam Muara

 

Smiles4U!

22852977_1567313209973299_7007041562068224277_n

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Sim Kui Hian melancarkan Program Serlahan Budi Negeri Sarawak: Kempen ‘Smiles4U!’ 2017 di SMK Batu Kawa pada 28 Oktober 2017 yang lalu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan galakan kepada kumpulan Anak Dalam Gading (ADG), Energetic Life Media dan KESUMA Tari kerana berjaya mengharumkan nama Sarawak ke pertandingan Festival Tari Malaysia tari di peringkat kebangsaan baru-baru ini.

Untuk berita yang lebih lengkap, sila layari artikel tersebut di Utusan Borneo Online di sini.

 

Festival Tari Malaysia 2017

20171021_233816_resize

Tarikh     : 20-21 Oktober 2017
Tempat  : Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Anjuran : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia

KEPUTUSAN :

KATEGORI TARIAN TRADISIONAL

Juara: Kumpulan Energetic Life Media : Ule Nugan (Sarawak)
Naib Juara : Kumpulan Taman Seni Budaya : Kuda Kepang (Johor)
Tempat Ketiga : Kumpulan Sri Tari Tanjung : Rodat Masih Ada Yang Sayang (Terengganu)
Koreografer Terbaik : Kumpulan Energetic Life Media (Sarawak)
Busana Terbaik : Kumpulan Energetic Life Media (Sarawak)

KATEGORI TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL

Juara : Kumpulan Anak Dalam Gading : Teduhan Kasih (Sarawak)
Naib Juara : Kumpulan Nyala Dance Theatre : Rampaian Inang & Joget (Kuala Lumpur)
Tempat Ketiga : Kumpulan Kesenian Pewaris : Tari Pautan Kasih (Terengganu)
Koreografer Terbaik: Kumpulan Anak Dalam Gading (Sarawak)
Busana Terbaik : Kumpulan Nyala Dance Theatre (Kuala Lumpur)

KATEGORI TARIAN MODEN

Juara : Kumpulan Gunjila : Life & Love (Sabah)
Naib Juara : Kumpulan 2Twenty2 Squad : Nothing (Negeri Sembilan)
Tempat Ketiga : Kumpulan The Flexible Crew : The Joker (Sabah)
Koreografer Terbaik : Kumpulan Gunjila (Sabah)
Busana Terbaik: Kumpulan Gunjila (Sabah)

20171021_232512.jpg
Johan: Kumpulan Gunjila (kiri), Kumpulan Anak Dalam Gading (tengah) & Kumpulan Energetic Life Media (kanan).

ANUGERAH KHAS: TOKOH TARI FTM 2017
Ramli Ali (Sarawak)

festival tari malaysia 2017 (22).JPG

JURI-JURINYA:

  1. Datin Sharifah Mahani Syed Kassim (Mak Ngah)
  2. Umesh Shetty
  3. Anthony Meh

DMmsLakV4AAKVUm.jpg

Berikut adalah gambar-gambar, keratan akhbar dan video tarian Anak Dalam Gading:

Continue reading Festival Tari Malaysia 2017

Persembahan ADG bersempena Majlis Penyampaian Anugerah Ketua Menteri Sarawak ke 24

2016-11-05 17.32.42_resize.jpg

ADG dijemput untuk memeriahkan Majlis Penyampaian Anugerah Ketua Menteri Sarawak ke 24, yang berlangsung pada 5 November 2016 di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) baru.

Sebanyak 17 anugerah telah dianugerahkan kepada 17 penerima daripada beberapa peringkat termasuk peringkat sekolah, pemimpin, guru dan pelajar. Hadir menyempurnakan penyampaian anugerah ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak diperkenalkan oleh Yayasan Sarawak khusus untuk memberi pengiktirafan kepada pihak pentadbir sekolah, guru serta pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan berterusan serta sumbangan bernilai dalam semua bidang.

ADG telah mempersembahkan tarian Zapin Sebat dan tarian moden pada majlis tersebut.

Persembahan ADG bersempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Graduasi Tingkatan Enam SMK Lundu 2016

2016-11-03 11.45.48.jpg

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Graduasi Tingkatan Enam SMK Lundu 2016 diadakan pada 4 November 2016 di Dewan Sri Pakma SMK Lundu.

Acara ini telah dirasmikan oleh Encik Azmi bin Bujang, iaitu Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Patinggi Hj Adenan bin Hj Satem.

Rakaman Festival Tari Malaysia Negeri Sarawak 2016 oleh JKKN Sarawak

14859873_1188755894495701_4489626478110222719_o.jpg

Pada 1 November 2016 lepas, pihak JKKN Sarawak telah datang ke SMK Lundu untuk merakam tarian olahan ADG untuk menyertai pertandingan Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2016. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak JKKN Sarawak kerana telah sudi datang ke Lundu untuk rakaman tersebut.

Tarian yang disertai oleh ADG adalah Kategori Tarian Tradisional (Tradisi atau Etnik) dan Kategori Tarian Rampaian Tradisional (Zapin, Inang, Joget atau/dan Asli).

1. KATEGORI TARIAN TRADISIONAL

Nama Tarian : WEK JONGAN
Sinopsis :
‘Wek Jongan’ merupakan tarian kaum Bidayuh Suku Selako-Lara yang mendiami daerah Sematan-Lundu dan juga di Kalimantan Barat Indonesia. Ia mengisahkan Jongan yang berduka lara ke atas kematian bondanya. Disebabkan terlalu hiba, Jongan meratapi permergian bondanya di perkuburan sehingga terlena. Dalam pada itu, beliau bermimpi berjumpa dengan bondanya lalu menghibur beliau dengan sebuah tarian. Bila terjaga dari mimpi, Jongan sangat bersukacita lalu pulang dan mengajar penduduk desanya bagaimana untuk menyanyi dan menari. Dari hari itulah tarian tersebut dipanggil ‘Wek Jongan’.

2. KATEGORI TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL

Nama Tarian : TEDUHAN KASIH
Sinopsis :
Bila cinta dizahir ke hati, maka terbibitlah benih-benih cinta merpati dua sejoli. Tatkala uda menabur hasrat, si dara pula menyimpul kemas nian di hati. Kemarau kasih menjadi dingin bila payung cinta menaungi kecintaan. Hajat terpendam selama ini, terungkap indah dalam Teduhan Kasih si uda dan dara. Biar segunung hasrat berkasih, adab dan budaya tetap dijunjung menjadi batas pergaulan.

2016-11-01 12.10.31_resize.jpg

Jamuan Makan Malam Akhir Tahun 2016 ADG

2016-10-30 20.26.23_resize.jpg

Jamuan ini telah diadakan pada malam 30 Oktober 2016 di Dewan Seri Gading SMK Lundu. Ianya untuk menghargai semua ahli ADG yang telah bertungkus lumus dengan latihan siang malam, demi penyediaan diri dan tarian untuk persembahan dan juga pertandingan yang telah dibuat sepanjang tahun 2016.

Terima kasih kepada anda semua kerana telah mengharumkan nama ADG!!

Karnival Kokurikulum ASAT (Anugerah Seri Asrama Terbilang) – Pertandingan Senam Kenyalang Zon Selatan Negeri Sarawak 2016

14481795_1160610277310263_7802435219817739050_o.jpg

Karnival ini telah berlangsung di Redeems Centre Bau pada 28-30 September 2016, anjuran PPD Bau.

KEPUTUSANNYA:

Johan : SMK Lundu, PPD Lundu
Naib Johan : SMK Balai Ringin, PPD Serian
Ketiga : SMK St. Augustine, PPD Betong

IMG-20160930-WA0008.jpg
Kami johan!
20160929_170952.jpg
Menginap di Homestay Kampung Apar, Bau.

Persembahan Bersempena Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sarawak dan Pesta Sematan 2016

2016-07-29 17.03.21_resize.jpg

Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri diadakan serentak dengan Pesta Sematan 2016 di Dataran Sematan, di Lundu, pada 29 hingga 31 Julai lepas. ADG telah dijemput untuk membuat persembahan pada upacara perasmian majlis tersebut.

Majlis perasmian ini disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bersama dengan Menteri Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tiga hari itu seperti Ekspo dan Pameran Agensi, Koperasi dan Usahawan, Anugerah Koperasi Berjaya, jamuan rakyat sempena Berambeh Aidilfitri, penyampaian geran bantuan pembiayaan, aktiviti kerohanian dan usahawan serta aktiviti keceriaan dan kebudayaan.

Persembahan Majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional & Majlis Rumah Terbuka Lundu 2016

2016-07-15 18.44.43_resize.jpg

ADG telah membuat persembahan di Majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional dan Majlis Rumah Terbuka bersama Pemimpin N3 Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu pada 15 Julai 2016 yang lalu. Majlis ini telah disempunakan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.