Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2009

Johan SMK Pending - diambil dari smkpending.blogspot.com
Johan SMK Pending - Gambar hakmilik smkpending.blogspot.com

Pertandingan tarian ini telah diadakan di Sarikei pada 23-25 Jun 2009. Pertandingan Tarian Peringkat Kebangsaan 2009 pula akan diadakan di Alor Setar Kedah pada 18-20 Julai ini.

Keputusannya:

Tarian Rampaian:

1. Bahagian Kuching (SMK Pending)
2. Bahagian Bintulu (SMK Sebauh)
3. Bahagian Miri (SMK Subis)

Tarian Etnik:

1. Bahagaian Betong (SMK Saratok)
2. Bahagian Samarahan (SMK Asajaya)
3. Bahagian Kuching (SMK Pending)

Dewan
Dewan Suarah Sarikei - Tempat Pertandingan dijalankan

Keseluruhan:

Johan – Bahagian Kuching (SMK Pending)
Naib Johan – Bahagian Bintulu (SMK Sebauh)
Ketiga – Bahagian Samarahan (SMK Asajaya)

Kemenangan
SMK Subis (Merah) & SMK Sebauh (Hijau) - Gambar hakmilik smksebauh.net

Tahniah diucapkan kepada SMK Pending yang sekali lagi dipilih untuk mewakili Sarawak (dua kali berturut-turut) ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kedah kelak. Tarikhnya belum pasti lagi.

Negeri manakah yang akan menjadi johan kebangsaan tahun ini? Jika pengadilan adalah seperti tahun 2008, maka pemenangnya pasti sukar dijangka.  Mengikut apa yang pihak ADG dengar, hakim/juri hanya melihat kepada keaslian tarian sahaja, bukan keindahannya semata-mata. Apa yang dimaksudkan dengan ‘keaslian’ itu, pihak kami pun kurang pasti.

Jika berdasarkan kehebatan koreografi and para penari pula, Sabah, Sarawak, Selangor  dan Johor pasti mempunyai peluang untuk mendapat tempat teratas. Diharapkan pada tahun ini, semua pihak akan lebih berpuas hati dengan keputusan hakim/juri pada Peringkat Kebangsaan nanti. Pada tahun lepas, keputusan tiga kumpulan teratas (Johan – Terengganu, Naib – Selangor & Ketiga – Sabah) adalah penuh kontroversi dan tanda tanya dikalangan pihak yang bertanding. Tapi siapa tau, mungkin ada negeri yang bukan favourite akan bakal membuat kejutan pada tahun ini dan dinobatkan sebagai johan. Good luck to every team!

Published by

CKn

Just like another human being

68 thoughts on “Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2009”

  1. lain kali buat anugerah banyak-banyak….
    seperti yang dijalankan semasa festival tari di bintulu…
    baru semua puas hati…. sekurang-kurang nya ada juga bawa piala pulang….
    kumpulan harapan pun jadi lah…
    kalau masih juak sik puas hati beli piala diri mpun..print title banyak-banyak…

    1. Wow!! Now that’s a very good idea… Hahaha!!!
      Hmm… Ada pertandingan, ada feedback negative muncul…
      Tak buat pertandingan, banyak org mintak nak bertanding… Cam mana tu???
      Objektif pertandingan tu org tak tengok betul2… Pertandingan sihat jadi tak sihat… sedih2…

  2. kalau sesebuah sekohlah menang kerana pengaruh juri yg x adil….skolah pending sapa x knal…aku salah seorang nya ex dancer pending….thank kepada para koreo dari unimas walaupun “abg wan” skrg x menjadi koreo pending…aku masih bangga membawa dri aku bekas dancers smk pending……..

  3. sye lah lelaki hensem kat pnding..kalau hndak cari sye snang sje..sye pmain guitar dr kumpulan ANALITSKY yg memakai guitar coklet..kalau nak num fon sye taun dpn undi sye..idup sreamo…!!!!

    VAMP: Huh? Ini salah posting ker ni? Peserta (angan2 jer lebih tu) My Starz LG/Mentor/Akademi Fantasia tersesat pulak. Heh heh…

  4. trima kasihlah aras nsihat yang diberi..tpi,,kmpln kmiorng mlulah pabila dtdh mcm 2..kat mna nak ltak mka lgi..tpi xpelah..dk hakikat nak buat mcm mana lagi..

    1. Sama-sama…. Biar aja tuduhan itu, kalau korang yakin korang nda da buat, untuk apa nak dilayan tuduhan tu. Biarkan sahaja…

      Kalau nak cerita pasal maruah & mana nak letak muka, kalau setakat tuduhan macam tu. Relax jer… Korang patut bersyukur kerana kena tuduhan ringan2 macam tu. You have never experience much worse than that. ADG dah puas… but kami buat donno jak, sebab kami tak buat. Buat apa pertahankan sesuatu yang tidak wujud? Buat hidup tak aman jak melayan tuduhan tak munasabah…

      Dah… all the best…

  5. Sudah lah… Nda da faedah main tuduh-tuduh, marah-marah dan nda puas hati nie… Bila lah nak maju kalau asyik menunding jadi antara satu sama lain?

    Adat bertanding, ada kalah dan ada menang… Tu sudah lumrahnya. Bagi yang menang, tahniah. Bagi yang inda bernasib baik, cuba lagi di lain masa. Tu saja bah… Nda payah mau cari siapa betul atau salah. Dunia seni (tari, vokal, teater, dll) adalah sangat SUBJEKTIF. Ia buleh jadi betul, dan ia juga buleh jadi salah. Yang penting, kita belajar dari apa yang dilalui. Jangan mudah untuk menyalahkan orang lain. Kita inda akan maju dengan cara itu, selain menambah dosa sendiri dan menambah ‘musuh’ secara inda sengaja pun buleh terjadi…

    Ingat, ‘IKUT HATI, MATI; IKUT RASA, BINASA’. Daripada anda bertengkar untuk hal yang dah lepas, adalah lebih baik dan berfaedah… Anda berlatih dan buat persediaan untuk pertandingan yang akan datang. Fikir strategi dan buat research sedalamnya. Fikir idea yang lebih kreatif dan kaji budaya dengan sedalamnya. Rajin bertanya dari orang yang berpengalaman dan veteren dalam bidang tari. Next year kita lihat hasilnya. Dari tahun ke tahun, kita buleh perbaiki kelemahan kita sendiri. Jangan hirau apa yang orang sekeliling kata, yang penting hati kena ikhlas bila berkarya.

    Selamat berkarya bagi semua…. Kami juga sudah mula berlatih sejak bulan lepas untuk tahun hadapan. (ini untuk info anda semua) Sekian.

  6. sya bru terbca msj dri kastri dance..sya pnri kastri..sya rsa smua nie ada undang di sebalik btu..mrka nie snggup mnggunakan nma kastri..adakah nma itu x cntik ka??sthu sya,kmplan kastri x prnh bt mcm 2,mybe ada orang lain yang nk knakan group kmiorang..sory bnyk2 k,kpada smk pending..komen dari kastri dance 2 bkan group kmiorang yg buat..nie pasti ada orng iri hati ngan kmpln kmi..tahniah kpada smk pending krna mndpat tmpt-3 hari2….

  7. kepada semua jurutari…tok ada lh senarai nama2 tarian melanau nk ada d mukah…kmk slalu dgr org konfius dgn tarian mlanau mukah yg x sama dgn tarian mlanau dr bahagian lain…dh nama nya lain bhg..lain lh pncritaan nya nk….hmmmmmm
    1.tarian alu-alu/apit tepa
    2.tarian mengarang(tarian mcri pasangan)
    3.tarian seladai(pebayoh)
    4.tarian seraheng
    5.tarian menyak
    6.tarian bubou(bubu)
    7.tarian pela lauud
    8.tarian zapin melanau

    mun ktk org agk konfius juak jgn malu jgn segan dtg lh k mukah utk mngenali lbh lanjut gk k….

    n muzik setiap tarian ada lh berbeza…memandangkn kta blm lg membuat record utk muzik..trpaksalh kta mgunakn muzik yg sama…

    majuknlh bangsa n warisan kta……

    adiosssssssssssss..

  8. i sokong u doel….dk kastri ya bru jk 2 kali jk wakil bhg mukah utk pertandingan tarian udh nk OVER…thn dpn ada ndak kh cdak nya..brik malu org mukah jk…oooo..KASTRI..mun rsa drik ktk org ya bru gk dlm bidang tok..iboh nk melebih2 agk dr org nk dh lmk mkn garam dlk….n cm ya juak ngan guru pengiringnya jgn over n sombong…d mukah ya bkn nya x ada juru tari nk bgs2..ktk nganok org sbrg dlm tok knk..dh kalah ya kalah lh..apa blh buat nk..ambik lh iktibar dr apa yg ktk nangga dr bahagian lain…bkn nya mngutuk org lain…taun dpn tangga lh ada x ktk org ya wakil bhg mukah gk huhuhuhuhuh…best gk sk kuala balingian nk wakil mukah ya…kastri brik malu ogr mukah jk….

  9. baru sampai n buka blog adg:wah..panas juga…hmmm,apapun kat sarikei hari 2 memang kptusan hakim ok..xda yg problem.pending ok cntik bahh..kastri dance…udah2lah ktk org nganok org…tarian ktk org mmg x lyk menang pun..time asli tkedek2 jak dancer permpuan.o tedah!ktak org baru jak nak menapak..jan bermegah..org lain ilmu bertimbun.cikgu pembimbing iboh over.ktk org belom tahap pro gi.udak gik ok.jadilah org yang merendah diri.seladai ktk org x best.best yg sk dari mukah 2 buat(sekolh apa xtau).sory mr fred merapu….

  10. CBENAR NYA KAN….KASTRI DANCE,KORANG ADALAH YNG TERBEST ANTARA TERBEST;BUKAN SAHAJA PANDAI MENARI,MALAH PANDAI DLM PELAJARAN TERUTAMANYA NORLIND DAN ENTRI…..APATAH LGI DENGAN ADANYA PN BEATRICES MEMBANGKIT SEMANGAT KASTRI UTK TRUS MNARI…..WALAUPUN HUJAN…HIDUP TRS!!!!!!!!!!

  11. nang ptt pOn pending pat jd wakil g kedah..coz tarian dknya nang kck..jd hormat la kptsan juri,mun pending xbgs phl juri plh skool pending jd juara..merangkap johan kat sarikei gk.jd sokong la dknya,coz dknya bakal mbak nm srwk g kedah sok..jd,berusaha la.netwuk skool takrg pOn pat jd johan kLak..kalah n menang adat ptandingan ba..

  12. kepada suma danser lundu,,, hope ktk owg berjaya tahun depan ‘n’ berusaha sungguh2 untuk mencapai kejayaan ktk owg sbgai danser terbaik sarawak..,.,
    from:
    All Danser SMK Samarahan 2009

    VAMP: Tengkiu Danser SMK Samarahan 2009 🙂

  13. Okay… Sudah-sudah ya… Nanti saya pesan sama Vampirie, jangan post result pertandingan tarian, asyik-asyik ada je yang nak bertikam lidah, asalnya kita mahu semua peminat seni mendapat maklumat terkini berkaitan seni tari di sekitar Sarawak (lihat tujuan asal blog ini ditubuhkan). Then dari keputusan itu, kita dapat berkongsi maklumat sesama kita bagi mempertingkatkan lagi seni dan budaya yang ada di Negeri Sarawak khasnya dan Malaysia amnya… Jika ada yang mahu bagi extra info, disinilah kita kongsi-kongsikan bersama. Sebab… kita semua masih belajar, tiada manusia yang sempurna. THIS IS ALSO A LEARNING PROCESS… Ingat OBJEKTIF pertandingan tarian (sila lihat kertas kerja pertandingan tarian sekolah-sekolah rendah dan menengah)

    Makasih.. Tu aja dari saya… Hehehehe…. Love you all…

    1. apa yang penting?

      KERJASAMA…

      biasalah manusia…mungkin tidak cukup telinga untuk dilempiaskan perasaan amarahnya tue…biarkan jak..dah penat nanti diamlah nya…

      EWEK83: Harap cepat penat lah… Biasanya empunya blog nanti selalu kena aim… Walaupun orang lain punya cerita.

  14. udah-udahlahh…ap yang penting? KERJASAMA…

    Support kepada kumpulan yang akan mewakili sarawak…kalah diorang, kalahlah kitaorng juak(sebab kitaorg kalah ditangan diorang)… so jgn nak mengusutkan keadaan, kita sokong sesiapa sahaja yang akan mewakili sarawak…malu kalau negeri lain tahu pergolakan yang berlaku kepada pengamal seni disarawak…

    majulah sarawak…

    apa yang penting? KERJASAMA

    1. askum..sebening pagi saya kelenaan dibuai dingin subuh sehingga terdetik di hati kembali menulis di sini.Kerjasama dan muafakat adalah kunci untuk kita menjadi lebih baik.Pergolakan dalam diam memang terjadi di mana-mana sekalipun,bukan setakat di BumI Kenyalang.Telah lama rasanya pergandingan untuk bermuafakat diusahakan.Ada masanya berhasil,ada masanya mengundang parah dalam barah kerana dek amarah.Kita bukan menyokong atau tidak menyokong mana-mana pihak,cuma kita hendak warisan kita kekal seadanya.Pertandingan adalah pertandingan dimana disitulah lahirnya insan yang mulanya meraung menangis kemudian meniarap lantas sedikit demi sedikit akan bertitih hingga merangkak langsungnya kemudian berjalan kedek dan ahernya mampu berlari dengan lincah.Begitu jugalah perjalanan hidup seorang insan seni.

    1. “Menepuk air di sungai tak kan sama seperti menepuk air di tempayan”.Tidak pernah dan tidak terdetik saya menyatakan yang saya hebat atau pakar.Keikhlasan perlu kah dengan menyatakan yang tarian anda baik atau sebaliknya.Kita cuma berlampir di tikar usang untuk mengusik sedikit kekurangan.Lentingan bukan mainan kita.Untuk Anak Sarawak,saya tidak pernah mengeluarkan ayat>anda mesti tukar…< tetapi saya menyatakan cadangan.Tetapi mungkin ada yang beranggapan saya tidak ikhlas atau menunjuk pandai.Siapa lah saya untuk membantingkan diri sendiri.Adakah dengan mempekenal kan siapa diri saya,barulah saya dikatakan ikhlas?Berdiam dan menyembunyi lebih banyak baiknya dari menonjol.Yang penting kita tahu keihlasan kita.Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui.Cadangan saya adalah berdasarkan kepada identiti kenegerian.Tetapi andai ada yang tersinggung,maaf dipinta.Tiada niat untuk menyinggung.
      Untuk Zapin Malingo,adalah salah sebuah zapin yang berasal daripada bahagian Sri Aman.Pada pembelajaran saya,saya diajar menggelarnya Zapin Malingo.Kalau mungkin ada nama lain,betulkan saya.Kerdil saya di dunia seni tari.Tiada kelayakan untuk saya bermegah.Tiada makna untuk menyatakan yang saya adalah pakar.Satu persoalan,siapa yang kita harus beri gelaran pakar dan di atas tiket apa kita harus mengelarnya pakar?Jelaskan pada hamba yang kerdil ini.Ingin dikongsi bersama disini pesan Allahyarham guru tari saya,
      "Menari dari hati kena berani,berani nya kena berhemah tinggi,tingginya kena berilmu.Jangan menafsir tarian sebagai tarian,tapi tafsirkan sebagai gerak alam.Bila begitu,maka kita sedar yang kita sebenarnya masih jauh dari ilmu"

  15. betuk ker perlu menggunakan modul jsbn utk menang….
    takleh uat tu..tak leh ni…..
    mesti uat zapin malysia kalu nak ader tempat dalam pertandinagn di kedah….ni yang dihebohkan sejak kebelakangan ni….
    sedangkan dalam syarat tiada plak mengatakan perlu menngunakan modul2 tersebut…
    arap2 perkara ni tidak terjadi kedahhh…

    dalam kateogeri sekolah rendah taun lepas…
    pengadil menilai kanak-kanak sebagia artis budaya(dewasa)…
    so perlukh ssebuah group 2 tok melakukan tarian dengan tahap dewasa walaupon group u terdiri daripde group kanak2….sbb kbanyakn tarian yang ditarikn dulu2 adalah daripada kalangan dewasa….

  16. Pak Su (whoever u r), saya dpt rasa anda xikhlas pabila myuruh pending tukar tarian. Andai anda ikhlas & merasakan diri anda cukup bagus & pakar dlm tarian, naper pending mesti ubah tarian? Org swk tak blh kah bawa zapin johor? lgk pn dlm syarat pertandingan, kategori rampaian merangkumi mana2 tarian tradisional Myu yg terdiri drpd mana2 3, smda asli, inang, joget atau zapin. Sy dah mrjuk bbrpa pakar ilmu tari Bumi Knylang sjk tbaca komen anda. Kata mrk, tak prnh dgr zapin Malingo. Kpd SMK PENDING, sy bpdpt anda tak prlu tukar tarian kcuali org yg mencdngkan tu btul2 ada di dpn mata & kta psti akn “kpakarannya”. Jgn mudah mprcyai org yg kta tak knal. Andai Pak Su ikhlas, dia tak perlu menyembunyikan identitinya yg sbnar. GO PENDING GO!!! GO SARAWAK GO !!!

  17. saya amat berstuju dgn apa yg dktakan olh vampire….ok,pak su,knpa pending prlu menkrkan tarian mereka…..adakah kurang baik @ kurg tepat…..satu lg,k sya pun pnh mnyksikan ptndgan tarian d taza, kostum mereka pun tepat pd tarian,dgn mgunakan kebaya panjang n takanla mungunakan kebaya pendek….sila kemukakan kslahan mereka k…

    1. Itu cuma pandangan dan pendapat saya untuk SMK PENDING.Bukan kurang baik atau kurang tepat tetapi kita bertanding perlu mengikut selera Panel Penilai.Tambahan,Bumi Kenyalang merupakan satu-satunya negeri yang kaya dengan pelbagai jenis tarian dengan nilai yang tersendiri.Kalau tidak menukar tarian pun tidak mengapa,cuma halusi lagi gerak dan patah tari para penari.Berkenaan dengan busana,saya tidak menyatakan mereka silap ( sila baca komen saya sebelum ini).Apa yang saya sentuh adalah mengenai kostum etnik untuk SMK LUNDU.Busana pasukan-pasukan yang bertanding untuk kategori RAMPAIAN hari tu,semua “HIGH CLASS” dengan padanan warna busana dan pilihan warna tatarias yang sesuai.
      Untuk babygurl,anda minta saya jelaskan kesalahan mereka dari segi apa?SMK PENDING atau SMK LUNDU?kalau dari segi busana,saya sudah menjawab sebaik apa yang saya mampu.Kalau ada persoalan lain,jangan malu-malu bertanya.
      Selepas ini saya nak kongsi tips-tips mengenai persedian pasukan dan persedian penari untuk pertandingan.

  18. askum..lama dah tak mencelah dalam arena festival tari di Sarawak.Saya baru mendapat video pertandingan di Sarikei pada tempoh hari.Keseluruhannya,masih ada kumpulan yang perlu memperbaiki mutu tarian.Saya ingin memberi komen sebaik mungkin untuk kemajuan pasukan-pasukan dari Sarawak.Suatu ketika dahulu,Sarawak adalah pasukan yang amat amat disegani dalam bidang tarian tetapi sejak kebelakangan ini,rasa hormat itu semakin hilang.Ini bukan kerana diskriminasi dari mana-mana pihak tetapi kerana senario kumpulan-kumpulan dan penari-penari di Sarawak itu sendiri.Menyentuh soal pertandingan baru-baru ini di Sarikei,memang sekarang penilaian para hakim baik di semenanjung,sabah mahupun Sarawak sendiri adalah menitik beratkan pada keaslian.Yang lagi satu,semua pasukan perlu sedar,banyak perbezaan di antara “PERSEMBAHAN” dan “PERTANDINGAN”.Kebanyakan tarian yang dipersembahkan pada pertandingan tempoh hari lebih kepada PERSEMBAHAN.Kupas dalam-dalam intipati antara PERSEMBAHAN dan PERTANDINGAN.Memang setiap kali pertandingan,kalau kalah panel penilai akan disalahkan.Sikap ini kadang-kadang boleh diterima tetapi senario di Sarikei,para penilai tidak boleh disalahkan kerana mereka lebih mengetahui ilmu tari daripada penari yang bertanding.Tidak ada kompromi.Untuk bahagian etnik,semua pasukan masih belum mencapai tahap yang sepatut nya,kerana sebab-sebab ini;
    1. Tidak membuat penyelidikan menyeluruh terhadap tarian yang ditarikan.
    2. Ekspresi para penari masih pada tahap tangkap muat iaitu ikut apa yang jurulatih ajar sedangkan dalam tarian,ekspresi tidak boleh diajar kerana ia datang lahiriah.
    3. Kostum masih kurang tepat atau kurang asli mengikut tari yang dipersembahkan.
    4. Tempo tapak tidak seiring dengan muzik yang sepatutnya.
    5. Ada penari yang masih melangkah masuk pentas dimulai dengan kaki kiri,sepatutnya kaki kanan.Ini adalah langkah asas tapi sering dipandang remeh.Kenapa mesti kaki kanan didahulukan??tanya pada ahli muzik mengenai tempo bar muzik,maka anda akan paham.

    Masih panjang yang perlu saya jelaskan disini tetapi kerana kesuntukan masa,setakat ini yang saya mampu tulis.Lagi satu,tidak perlu lah anda bertanya siapa saya,kerana cukuplah dengan apa yang telah saya kongsikan bersama cuma apa yang boleh saya katakan,sekiranya perlukan rujukan mengenai bahan tarian seperti muzik,busana,langkah patah dan lenggok tari serta asli tingkah tari boleh lah berhubung dengan saya di talian 0135645468.Sekian.Pak Su mengundur diri.
    p/s : untuk pasukan SMK Pending,untuk pertandingan di Kedah,saya cadangkan tukar tarian zapin dan joget.Saya cadangkan anda bawa Zapin Sebat atau Zapin Malingo (zapin Sarawak) dan Joget Senandung Pantai.Ini kerana Panel Penilai di Kebangsaan nanti inginkan nilai tari yang hampir pupus.

    VAMPIRIE: Komen yang amat baik dan membina. Komen-komen seperti inilah yang kita perlukan. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengetahuan Pak Su sendiri. Err… ada komen mengenai tarian SMK Lundu? 🙂

    1. Kita adalah dalam aliran yang sama iaitu bidang Kesenian dan Kebudayaan.Jika kita tidak bersatu dalam ilmu kebudayaan seperti seni tari,maka siapa lagi?Mengenai SMK Lundu,ada juga lah saya dengar-dengar suara luar yang menyatakan penari lelaki dan perempuan tiada perbezaan.Maksud tiada beza adalah pergerakan penari perempuan seakan penari lelaki.Memang ada kebenaranya sedikit disitu.Tapi tidak lah dalam semua gerak tari nya sama,mungkin sebagian ‘part’,mungkin juga terlepas pandang oleh jurulatih.Maklumlah,kita cuma insan yang tidak dapat lari dari kesilapan.Tidak ada penari yang boleh menari dengan 100% betul.Kita cuma boleh buat yang hampir-hampir sempurna kerana kesempurnaan itu milik abadi Allah S.W.T. Jadi kekadang saya tidak gemar andai ada jurulatih yang memberi komen penarinya perfect atau telah melakukan tarian yang sempurna.Dan lagi satu,kostum Iban yang digunakan oleh penari SMK LUNDU adalah dalam kategori kreatif atau sekarang orang lebih gemar mengelar kresi baru.Untuk Festival Tari KoKu,ia adalah pertandingan etnik,dan bukan etnik kreatif,jadi kena berhati-hati.Kekadang juga kita tidak sedar,ada di kalangan penonton yang mungkin satu antara beratus adalah penggiat seni yang senyap dan tidak diketahui umum.Maka jika ada yang tidak kena,secara tidak langsung apa yang kita lakukan boleh menyinggung perasaan orang sebegini walaupun kita tidak berniat sedemikan.Kostum tersbut cantik tapi kena jaga keaslian nya.Pola pantai untuk SMK LUNDU juga cantik,cuma perlu sedar format sekarang adalah berbeza dengan 3-4 tahun dahulu.Jadi kurangkan pola yang agak berat.Kepada mana-mana pasukan juga,jika ingin melihat atau mengetahui format pola lantai yang amat cantik tapi senang dan disukai oleh ramai panel,banyakkan melihat filem-filem melayu lama yang ada tarian terutamanya dalam filem-filem Allahyarham P.Ramlee.Kenapa?Kerana semua kalian perlu sedar,kebanyyakn tarian Melayu yang ada hari ini diasaskan oleh pereka tari yang terlibat di dalam filem-filem berkenaan.
      Saya juga berada semasa festival tari koku peringkat bahagian kuching di TAZA pada bulan Mei lepas.Saya ketika itu sedang bercuti di Kuching,Sarawak dan dalam masa sama pertandingan diadakan,maka saya ringan ringankan lah kaki saya menyaksikan penari-penari muda Bumi Kenyalang.Saya amat bersukacita dan berdukacita.Untuk SMK LUNDU,anda ada penari yang baik,jadi kepada jurulatih,buat kajian atau belajar lebih mendalam mengenai tarian yang ingin dibawa dalam pertandingan.Bukan bermaksud saya menyatakan anda tidak mahir,tetapi tidak salah kalau kita belajar.SMK LUNDU pernah menjadi Johan Kebangsaan,jadi kekuatan nya ada cuma perlukan lebih kajian.Sekian dulu.

      VAMPIRIE: Terima kasih atas komen Pak Su. Komen Pak Su hampir sama dengan komen-komen yang kami terima dari pengiat seni yang lainnya. Pihak kami akan cuba memperbaiki yang kurang. Dan bagi komen2 yang tidak kami setuju (pasal kostum Iban khasnya), kami akan cuba untuk memberitahu kenapa kami membuat perkara sekian sekian pada lain waktu, secara beransur-ansur. Tima kacih. 😀

      1. Terima kasih untuk komen anda Pak Su, cuma saya ingin memperbetulkan satu ‘statement’ yang dibuat Pak Su je… Takut nanti orang salah anggap pula. Saya cuma nak memperjelaskan bahawa, costume iban yang cuba kami (SMK Lundu) ketengahkan semasa pertandingan di TAZA hari tu adalah yang TRADISIONAL dan bukannya Kresi Baru. Untuk pengetahuan Pak Su, costume yang kami bawa itu adalah dipanggil Kain Burik (sebutan: bu-ri-ek) dari Daerah Kapit. Ada beberapa lagi kain suku kaum Iban yang tidak pernah orang lihat kerana telah DITENGGELAMKAN oleh kepopularitian KAIN PUA. Dalam post yang akan datang, saya akan memperkenalkan anda semua dengan costume Iban di Negeri Sarawak, dari pelbagai daerah. Bukan sekadar KAIN PUA’ dan MAREK EMPANG atau TANGGUK sahaja… Ada banyak lagi. Supaya lain kali, tidak disalah faham sebagai kreatif atau kreasi baru. Tapi kena bersabar, saya masih mengumpul maklumat, agar segalanya jelas. Minta maaf sekiranya terkasar bahasa, cuma nak bagi penjelasan sahaja. Sebab kita tidak mahu ada sesetengah kaum akan terasa ditersisih dan dipertikaikan identiti mereka hanya kerana kurang diketengahkan.
        Sekiranya anda tidak sabar untuk tunggu kemunculan post mengenai ‘The Lost Iban Costumes’, anda boleh berhubung terus dengan Saudara William Awell dari DAYAK CULTURAL FOUNDATION (DCF) bertempat di Tun Jugah untuk mendapat keterangan lanjut. Mereka merupakan persatuan yang bergiat aktif memelihara dan memulihara seni dan budaya DAYAK (Iban, Bidayuh, Orang Ulu) di Sarawak. Sekian terima kasih… Salam budaya untuk semua…

        WARNING: Ini bukan nak gaduh2 macam yang lain ya… Just sharing info. :-p

  19. stiap komen ada yg baik & ada yg buruk…ambil yg baik n jadikan sbg panduan utk kejayaan kumpulan masing2 pd masa akan datang…pa yg dikatakn oleh vampirie itu btul…sentiasa blajar dr ksilapan & kelemahan, sentiasa bertanya kpd orang yg pro dalam bidang tarian & sebaik2ny buat research tntg trian yg hdak dibwa utk pertandingan nanti agar tidak wujud kekeliruan mengenai syarat2 pertandingan yg dittapkan oleh penganjur…mana2 sklah yg mewakili swk akn mmbawa nama SARAWAK ke pentas pertandingan tarian peringkat kebangsaan…sama2lah kta menyokong mana2 pasukan yg berjaya mewakili ngri swk & mendoakan kejayaan mereka nnti…di harap smk pending dapat mempersembahkan yg terbaik di kedah nnti……

    GOOD LUCK KPD SMK PENDING!!!!!!…..

  20. asal lepas btanding, ada jak komen yg pelik2……yg x masuk akal pun ada. huhuhu sedih…..bglh sokongan kepada pemenang,mereka tu pun bw nama sarawak….. ngap sayot…..!

  21. kepada semua yg telah memberi komen/pendapat/ kritikan/respon dsb, saya mohon anda semua hentikanlah semuanya. Saya sependapat dengan vampirie, tak ada gunanya kita bising atau nak komplen selepas keputusan diumumkan dan pemenang dah diketahui. Bila ada pihak yang tak puas hati, seolah-olah anda mempertikaikan kebolehan & kebijaksanaan para hakim. Apa yang penting para hakim telah memilih pasukan yg mereka anggap paling layak untuk membawa cabaran negeri swk ke Kedah. Berita terbaru yang saya terima dari sumber yg boleh dipercayai, sekarang ni, penari2 pending sedang giat berlatih sbg persiapan terakhir sebelum bertolak ke Kedah pada minggu depan. Jadi, sama2 kita mendoakan kejayaan mereka. Kejayaan Pending juga adalah kejayaan negeri swk.

    Dulu masa smk lundu menang, saya turut berbangga. Yalah swk menang. Lepas ini tak perlu gaduh2….tak manis bila negeri lain baca.

  22. saya sbgai seorg penri saya trima je pe yg anda smua katakan….jiklau sye sbgai penari SMK PENDING,sy akan trima apa yg dkritikn sprti man yg d atas k’na ia mat mmbina bg sya k…tp kpd pnri smk pending,jgn ambl yg NEGETIF dlm blog ini,ambl la yg POSITIF k…

  23. Betul kata Vampire,yg sudah tu sudah lah. Keputusan panel penilai adalah muktamad. Bertanyalah kpd mereka di mana kelemahan kita dan kelebihan orang lain.
    Vampire..kirim salam dgn anak2 mua semua..hehehe

  24. ffuh panas..tpksa vampira mksd juak..
    to Tulang Belut..sy x bmksd kata sy pandai..mksd sy bktikan lah pmilihan tu btl..itu aje..so xda lah org mau mdh pmilihan pending salah..fhm sik?
    pasal penari angkat muka/ sik..kdg2 sekolah2 keliru dgn komen juri yg berbeza stiap thn..sy rasa Tulang Belut lebih tau mksd sy..eleks..iboh manas..kita bkongsi bak kata vampire..
    to pending..gud luck..all the best

    1. kpd Pemerhati PBB, tulang belut xmanas cuma boring & meluat dgn sikap & tindakan u mberi komen tanpa berfikir pjng. Wlpn kmk xda kaitan scra langsung dgn smk pending tp kmk ttap mgkagumi khbatan pnarinya. Prsembahan cdak mjadi inspirasi & rujukan utk kmk ngajar tarian nmbiak kmk.

      Apa yg u nak pending buktikan? Adakah u bermaksud andai cdak xda nombor di Kedah klak, pemilihan cdaknya salah? Pls explain.

      VAMPIRIE: Tulang Belut, tolong jangan panjangkan lagi perbalahan ini. Udah la tu yer… Tima kacih… 🙂

  25. Peringatan kepada semua:

    1. Blog ini bukan tempat untuk melepas geram atau mengutuk atau melepaskan kemarahan kepada pihak/orang/sekolah tertentu.
    2. Sila pastikan komen anda adalah komen yang positif dan membina.
    3. Jika komen anda berunsur menghasut, marah dan sebagainya, komen anda mungkin akan kami tapis atau ‘delete’.

    Yang lepas itu, lepaskanlah. Komplen bagai nak rak pun tidak akan mengubah apa-apa. ADG pun menghadapi banyak cabaran serta rintangan. Ada juga yang perkara kami tidak puas hati tetapi kami pasrah dan menerimanya sebagai satu ujian. Belajar dari kesilapan atau kelemahan diri. Sentiasa bertanyakan pihak (eg. hakim/juri) yang jauh lebih berpengalaman untuk digunakan di kemudian hari.

    Tidak pernah kami berdendam atau memarahi atau mengutuk pihak yang menang, malah mengkagumi pihak mereka kerana kehebatan mereka dan sentiasa ada sesuatu yang boleh kami pelajari dari mereka. Mereka menang kerana bersebab walaupun yang lain mengatakan tidak layak. Kami sentiasa bertanyakan kepada pihak hakim/juri kekurangan serta kelebihan pihak kami dan pihak lawan. Barulah kita tahu kenapa sesetengah pihak itu menang dan yang lain tidak.

    Harapan kami, anda dapat memberi kerjasama dengan memberi komen yang lebih positif dan membina. Sekian terima kasih.

  26. to pemerhati PBB, sy x faham apa maksud u “xlah org mengata agik”
    sbena nya ktkorg yg xpasti & xarif ttg etika persembahan. masa di sarikei sy nmpak ada pasukan yg mbak zapin (treutama zapin Johor) x betul, masa kopak xbuat kopak. ada juak pnari laki btandak cam pompuan. kakya pompuan btandak smbil angkat muka (nmpak sombong). Adakah ya yg mnarik nak dilihat? bla u minta pending terus brkongsi pglman mnunjukkan u xda atau xtau apa2 tp ngegeh nak beri komen.
    wlpn ada pasukan xbetul etika tarian masa di sarikei tapi pending xda mgkritik pun especially mlalui blog camtok. kastri dance & u yg mula, so toklah responnya.
    stahu sy, sek cam pending byk brtanyak & mrujuk dgn org2 yg pakar dlm bidang tarian spt cdak SCV & Kem Kebdyaan sblm myertai ss1 prtndingan.

  27. best jgk baca komen2 ni..tp jgnlah bgaduh..ambil yg mbina.masing2 ada kelebihan.ya best gaul rami org..byk blh dikongsi..kpd mimique danver..jgn la emosi sgt..sy difahamkan kump yg dkatakan mhias songkok diibaratkan pokok krismas oleh anda tu bertindak mhias songkok mereka itu puin selepas salah seorang panel mengatakan bhwa itu ialah salah satu busana selepas mereka bertanyakan semuanya selepas ASAT di kuching yg lalu..harap maklum..kpd pending teruskan berkongsi pengalaman anda di prgkt kbgsaan spy lebih ramai yg tahu apa yg perlu dalam sesuatu persembahan..xlah org mengata agik..bena sik?

    1. ish ish ish…mana ad sya emosi…setiap perlakuan ad maksud yang tersirat dan tersurat…dan maksud pemakaian jambul tue adalah utk KANAK-KANAK yang hendak diKHATANKAN…so, kalu dah sinopsis lari dari konsep tarian dan busana serta tatarias, aplah yang boleh dilakukan pengadil..dah terang2 salah…

      saya bukan emosional…saya seorang yang humble..wakakkakakaka…humble lah sangat..tetttttt…

  28. saya sokong human guy…hehe..
    bknnya nak nganok dak kastri dancer,tp ktk org xtauk mcmney rasa d peringkat kebangsaan…mun kastri dancer berada di tempat daknya baruk ktk org tauk mcm ney cabaran d peringkat kbgsaan n tekanan…tp,apa2pun keputusan juri adalah muktamat…segala ketidakpuasatian n surat menyurat tidak akan dilayan,,,…hehe5
    dadaaa…chow..

    1. ooi…….kastri dance, lain kali pikir dolok sblom ktk mgkritik org lain. ktk mpun jd malu. utk pgetahuan, di kch bukan smk pending ajak yg hebat, ada gik sek lain spt smk TAHO & smk lundu. cam smk pending, kedua2 sek trsebut pernah mwakili swk & pernah muncul juara. prsaingan antara 3 buah sek tok adalah persaingan yg sihat. xda cdaknya mkritik satu sma lain cam nak dipolah kastri dance. kmk stuju dgn human guy, bljar dr kkalahan & jdikan yg menang sbg contoh utk mpbaiki dirik mpun. cam cdak pending bljar dr khebatan TAHO & Lundu & seblknya.

      dr pmerhatian kmk, stiap kali ada prtandingan smada di Kpg Budaya atau di prgkt bhgn, penari2 3 buah sek tok klihatan mesra & bertegur sapa sesama cdaknya. Coba ktkorg ekot cam cdaknya. Fikirlah sendiri……..kastri dance, jgn malukan org MUKAH trmsk kmk.

  29. amboi3……kastri dance,

    sbnrnya,……..pertndgn d sarikei x sehebat prtndngn di prgkat bhgn kch.pemenang no 3 di kch pun mampu jd JOHAN d sarikei sekiranya di beri pluang mewakili kch…so,jgn mikir ktk org jak yg terbaik…jgn bersikp koreng sopan terhdp juri.. skian trm ksh

    ADA KU KESAH……chak3 bweekkkk..

  30. kpd pemerhati PBB, tq di ats kritikan yg membina, kmk akn memperbaiki kelemahn yg ada pada penari perempuan kmkorg..

    to kastri dance,
    ktk nangga lowk pertandingan tarian peringkat kebangsaan taun lepas esp KUMPULAN JOHAN…sebelum nak nganok kmkorg…

    kmkorg akan ke kedah mewakili semua sekolah di swk termasuk sekolah ktkorg…ibohlah x nyokong pasukan NEGRI DIRIK MPUN…kmk harap kta akn berjumpa gk taun depan…

  31. takyahlah ad deko kat songkok tue…dah macam pokok krismas dah…takyah pakai jambul…korunk kan dah bersunat aka berkhatan…yang pakai jambul tue belum bersunat…renung-renungkan dan selamat membuat research…

  32. salam sejahtera…

    kepada koreografer n pengamal tari semua…janganlah kita bertengkar dan bergaduh dengan keputusan yang telah dicapai…bukan masalah KEGAWATAN…Jabatan Pendidikan mempunyai cukup wang untuk membiayai mana2 pelajar.

    bukan hanya aspek ekspresi sahaja yang dititikberatkan (peringkat kebangsaan hakim jauh daripd penari, tak nampak pun ekspresi), keASLIAN tari itu sendiri yang diutamakan…yang ketara disini ialah tarian zapin…memang semua bahagian mengatakan mereka membawa zapin..tapi mereka bawa zapin APA? DIULANGI ZAPIN APA?
    mana keaslian zapin itu,kalau hanya terjerit-jerit sebut kopak tapi tak buat kopak..tak ada gunanya…no points there….

    kalau pasal etnik…bahagian kuching pun hanya mendapat kedudukan ketiga…

    Kepada yang belum atau tidak melihat pertandingan peringkat kebangsaan tahun lepas, sila LIHAT dahulu sebelum membuat komen yang tidak berasas…

    Janganlah kita gaduh-gaduh k, kalau gaduh macam mana nak memperkasakan grup tari di sarawak…

  33. saya ni bknlh pyokong mana2 pasukan..spjg 2 hari myaksikan ptdgn tersebut..didapati semua pasukan mnunjukn pningkatan..cuma..(sory to say)…tahap phayatahn, ekspresi dan interaksi pnari pompuan pending tdk dapat menyentuh hati seperti yg di gembur2 kan..cuma penari laki yg mnonjol..ada lagi pasukan yg lebih menarik utk dilihat dan xcukup rasa tgk sekali..sesiapa yg myaksikan mrka akan tahulah..apapun,pnari pending jgnlah bkecil hati..pbaiki diri anda agar org x mgata pkara yg sama di pgkt kbgsaan..
    kpd kastri dance..sabarlah yea..yg ptg kita dah tau kelebihan psukan masing2..biarpun x menawan di mata panel juri..ia tetap menang apabila psmbhan itu memuaskan dan bertakhta di hati masing2..cuba lagi tahun dpn..seladai u all memang mengagumkan..apa pun ada sebab juri pilih kuch..mungkin sbb kegawatan kot…hehehe

    1. untuk pengetahuan anda, sebenarnya interaksi antara penari lelaki dan perempuan tidak bleh terlalu “direct”. ini juga adalah salah satu etika dalam membuat persembahan. jangan anda salah faham tentang istilah interaksi didalam persembahan tarian tradisional, lebih2 lagi tarian melayu.. mungkin ini cuba ditonjolkan oleh penari perempuan pending…. saya juga menyaksikan pertandingan itu sepanjang 2 hari tersebut… dan satu lagi pesanan kepada kastri dance… jangan kita merasa diri kita terlalu bagus untuk menang tapi cuba perbaiki kelemahan, start praktis sekarang k untuk tanding tahun hadapan….. tunjuk kehebatan anda,
      dan kepada smk pending, buat yang terbaik, ambil kritikan ini semua sebagai motivasi dan bukannya melemahkan semangat anda…… Gud Luck!!!!!

  34. sbenarnya trian meka nie,bknnya kck sngt pun……………tpi kptsan HAKIM dh muktamat..apalah daya kan?????????kalau nak ikutkan spattnya trian etnik MUKAH yang menang…kamuorng thu x siapa hakim hari2?siapa lgi kalau bkn zainurin 2..dia 2 mmg bnci tngok bhgian mukah..,dia 2 pun orng mkh jgak…smua orng menjangkakan BINTULU yang menang hari2.,sya pn sma jgak..TNGOKLAH nanti kt prtndngan prngkat kbngsaan..ttn meka 2 xda nombor.mcm thn lpas jgak

    1. Kpd Kastri Dance,
      terima ksh ats komen anda. mmg diakui tarian kmk xkck sgt TAPI cukup meyakinkan phk juri utk mmilihnya sbg yg terbaik. Andai benar smua org menjangkakan Bintulu akn mnang, knaklah juri pilih Kch? Dlm prtandingan mmg smua kta nk mnang & kmk akui masa di Sarikei, smua bhg mnunjukkn prsembhan yg mnarik & mantap CUMA apa yg mbezakan adlah X-Factor. Utk pngtahuan Kastri Dance yg mewakili SMK Three Rivers, dlm prtndingan, prsembhan mstilah mantap, level of confidence tinggi, pnghayatan & ekspresi serta interaksi dgn audiens melalui ekspresi muka & body language harus mantap.
      Yg menyedihkan, Kastri Dance trgamak mghina kmk dgn mbuat andaian kmkorg xakn dpt nombor di pgkt kbngsaan klak spt thn lps. Mnang atau kalah adat prtandingan. Jgnlah disebabkan anda kalah, anda sanggup mgkritik spt 2 tp trima kgagalan dgn hati tbuka.

      1. Bila dah kalah, iboh nak kritik dak juri atau nak cari kslpan org lain. Thn dpn coba agik. Start lthn kinek tok bah……

      2. kepada Kastri dance…. jangan lihat tarian hanya kepada keindahan semata-mata, banyak perkara yang perlu dititik beratkan dalam membuat tarian. contohnya etika berpakaian, disiplin pentas, ragam dalam tari dan banyak lagi, kalau hanya menitikberatkan keindahan semata2 lama-kelamaan semua benda yang saya sebutkan td akan lenyap dan tidak akan diberi perhatian oleh mana2 koreografer dan pengamal tari. u kata cikgu zainoren tu dari mukah, mungkin dia lebih tahu tarian seladai tu, dan tak semestinya tarian yang kamu persembahkan itu adalah betul dan mungkin ada kesalahan2 di dalam tarian itu. dan untuk pengetahuan juga cikgu zainoren pernah mempersembahkan tarian seladai pada tahun1998/1999 (kalau tak silap) dipertandingan tarian peringkat negeri sarawak dan memenagi kategori tarian etnik (seladai). nah lihat, dia mungkin lebih tahu dari anda atau koreografer anda………

    2. blajar dr kekalahan…jgan trus mengkritik org yg menang…cri apa kekurangan yg ada dalam pasukan dan cuba sedaya upaya utk MEMPERBAIKI KELEMAHAN yg ada…ambil iktibar & jadikan yg menang sbagai contoh dan panduan utk menjadi lbih baik pada tahun2 yg akan datang…tq.

    3. Hello kastri dance, taukkah ktk bhw SMK Pending wkl Swk ke Kedah mdpt no 3? Ktk prnh mdh cdaknya x akn dpt no cam thn lps. Nyata rmlan ktk salah. Msti ktk tumpang bangga Swk ada dlm top 3 ndak?
      TAHNIAH SARAWAK !!!!!!

    4. sabar lah kastri dance….mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku kan……mnalah tau..kot2 esok lusa korang yang menang…..TRS BEST…..

  35. tahniah…now semakin berat tugas n tanggungjawab yang perlu dipikul…jgn malukan nama sarawak… traning benar2…no tyme to rest…work hard n break ur leg!

  36. tahniah kepada smk pending yang telah menjadi johan peringkat negeri sarawak untuk kali ke dua berturut2. untuk peringkat kebangsaan ni, berusaha lebih kuat k…… kepada kumpulan yang tidak berjaya, cuba lagi tahun depan…..

Leave a reply to doel Cancel reply