Pertandingan Tarian Rampaian ASAT Sarawak 2009

Johan Naib Ketiga ASAT Swk 09Keputusannya (bagi Kategori Sekolah Menengah Sahaja):

Johan – Bahagian Sarikei – SMK Bintangor
Naib Johan – Bahagian Kuching – SMK Lundu
Ketiga – Bahagian Bintulu – SMK Sebauh

Hari Ahad, sehari sebelum berangkat untuk mengikuti pertandingan ini, ADG menerima berita buruk. Asrama tidak akan disediakan untuk kontijen tarian Kuching (dan juga untuk kontijen Samarahan). Waduh, kelam kabut ADG. Jadi kami ada beberapa pilihan:

1. Merayu dan mohon simpati untuk diterima di asrama SMK Siburan.

2. Merayu dan mohon simpati untuk diterima di asrama SMK Penrissen No.1.

3. Bermalam di mana-mana asrama atau hotel di bandar Kuching.

4. Tinggal di rumah salah seorang guru ADG di Samarindah, Samarahan.

No. 1 & 2 tidak diterima kerana asrama betul-betul penuh. No. 3 reject kerana bandar Kuching agak jauh dan jalanraya pada waktu pagi jam. No. 4  akhirnya diterima, kerana dekat dan selesa. Tambahan pula, guru tersebut tersangatlah baik hati dan mulia (rumah sayalah tuu… hehehe).

Hari Isnin sepatutnya bertolak pada pukul 1pm, tetapi pukul 5pm baru bas muncul, kerana ada salah faham sedikit dengan pihak tertentu mengenai jadual perjalanan. Guru  masa tu kelam kabut telefon ke hulu ke hilir mencari bas, bebudak dalam kesedihan kerana ingat tidak dapat ikut serta bertanding. Sempat juga seorang guru menghadiri sesi taklimat pada malam itu untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada hari seterusnya dan jadual sebenar untuk apa-apa aktiviti. Di situ juga ADG meminta pihak penganjur supaya memberi makanan bungkus kepada pihak ADG kerana peruntukan makanan ada RM70 sahaja untuk 3 hari. Ya, RM70 sahaja – bukan RM700. Dari manakan duit lain akan datang? Cubalah teka… Namun pihak asrama SMK Lundu telah menghubungi kami supaya membuat tuntutan claim nanti. Huh, lega…  Oh, dan pihak SMK Siburan  bersetuju memberi makanan bungkus kepada ADG untuk makan tengahari dan malam sahaja. Kami amat berterima kasih kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban belanja pihak ADG.

Hari Selasa sesi blocking. Mula berkenalan dengan kontijen Sarikei, yang kami geruni kerana prestasi mereka yang amat bagus tahun lepas. Kontijen yang friendly tapi malu-malu kucing. Hehe… Melihat sesi blocking mereka, kami gerun. Melihat sesi blocking kami, mereka pula yang gerun. Tetapi awal-awal lagi ADG melihat kepada kedua-dua tarian kami dan mereka, ada potensi untuk mereka menang.

Hari Rabu, hari pertandingan. Setelah semua kumpulan membuat persembahan mereka, kumpulan yang menjadi favourite ADG adalah sudah tentu Kontijen Sarikei, juga Kontijen Bintulu, Kontijen Betong dan Kontijen Kapit.

Keputusan hanya akan diumumkan pada keesokan harinya. Tension betul. Jadi malam itu, penari ADG berparti makan burger buatan sendiri! Cuba menghilangkan tension. Tapi bebudak meramalkan kemungkinan untuk kontijen Sarikei menang adalah tinggi. Amboi, tak sokong kumpulan sendiri ker…? Mungkin kerana mereka dapat melihat dengan mata mereka sendiri tarian kedua-dua pasukan selepas menonton video rakaman tarian pada pagi itu dan membuat perbandingan serta penilaian kendiri. Chewah… Tetapi pada masa yang sama, memanglah harap-harap kumpulan sendiri menang. Kalau kalah pun, biarlah kalah kepada pasukan Sarikei.

Hari Khamis, keputusannya…. Tahniah diucapkan kepada Kontijen Sarikei – SMK Bintangor.  Dan memanglah bebudak ADG emosi sedikit sekejap tapi ceria semula kemudiannya. Bila sesi bergambar di atas pentas, masa yang paling seronok kerana dapat mengambil gambar dengan pihak Sarikei dan Bintulu beramai-ramai dan posing gila-gila.

Petang itu balik semula ke SMK Lundu, membawa trofi Naib Johan ke sekolah. Selepas ini pertandingan/show apa lagi yer?

[rockyou id=138323859&w=446&h=340]

Video ini ditayangkan dengan kebenaran dari Saudara Faizal. Terima kasih.

PS: Jika anda ingin memberi komen, sila beri komen yang membina. Sila jangan menghentam pasukan lain atau para hakim. Kerjasama anda amat dihargai.  ADG pasrah dengan apa-apa keputusan. Terima kasih kami ucapkan kepada semua penyokong ADG. Sokongan anda amat kami hargai.

Published by

CKn

Just like another human being

26 thoughts on “Pertandingan Tarian Rampaian ASAT Sarawak 2009”

  1. komen untuk smk bintangor
    first time nangga zapin semenanjung ada ragam gigit lembadak……
    komposisi dan pola lantai kurang kemas…
    gerenek dan kesantunan penari perempuan kurang memuaskan..

    komen untuk Adg
    pola lantai dan komposisi cantik, kemas..
    pembawaan penari cantik..
    untuk ragam zapin sebat…kenak kaki laki ya tekangkang gilak sebelum ambi ragam tutup…
    keseluruhan chantik…

  2. memang lah mberi markah mslh jgnlah mbesar2kan hal . tpulang kpd kmampuan mereka .biar pun mereka dlabel sbgai poser masih lagi mereka jadi juara ptandingan . mmg lah kami bfikir dahulu sbelum bcakap.siapa tidakk bfikir dahulu sblom bcakap . itu pun tak tauu.takkan bnda smudah itu pun mahu diajar.

  3. Lor sangkakan Johan ASAT Sarawak 2009 bebudak ADG.. hehehe.. patutlah tgk video dia lain macam je standard. Dah baca artikel ni, baru lah perasan yg SMK Bintangor yang menang. Tapi lucu dowh baca semua komen2 ni.. dari rambut sampai ke baju di komen semua. Anyway tahniah buat bebudak ADG sbb sekurang2nya tak balik dgn tangan kosongkan? Ada juga trofi nak ditayangkan kat sekolah. Ni dikatakan lumrah adat bertanding, terpulang dgn keputusan juri. Tp jangan mudah berputus asa, sekali kalah tak berertinya kalah selamanya. Perbaiki segala kelemahan nescaya tahun depan jadi juara balik. Tahniah sekali lagi buat bebudak ADG dan guru2nya.. Korang ttp no 1 di hati ku..

  4. Tahniah buat kumpulan tarian dr SMK Bintangor, ADG dan kumpulan tarian dr SMK Sebauh. Mudah-mudahan tahun depan peringkat negri Swak dpt jumpa lg. Kalah atau menang mmg adat pertandingan. Yang penting setiap tahun ada peningkatan, pembaharuan dan kemajuan hasil drpd penilaian kelemahan yg lepas2….. TETAPI……….yg PALING PENTING skali gak hubungan dan ikatan yg terjalin di antara kumpulan2 yg brtanding semasa ASAT negri hr tu. Nice to meet u all. Kpd cikgu2 ADG termasuklah para2 Lembaga Warden Asrama SMK Lundu,jutaan terima kasih diucapkan. Kpd geng2 sekalian………kita fight utk prtndngan d SCV nanti!!!!! Tp,kt kompom join kha? Hmm…..QUESTION MARK here.

  5. ttg pertandingan hr tu bkn ape, kebanyakan guru2 pengiring/koreograper perasan yang ada kumpulan hebat tu hilang santun dan aslinya bila part inang dan joget, cantik tu mmg cantik dan hebat tu mmg hebat tapi mgkn betul teguran mereka ttg asli dan kesopanan hilang bila gah sangat menari & satu lagi penari2 pompuan nyer pulak jadi sombong sebab selalu sangat angkat muka dan kurang senyum… itu antara komen2 yang sayer dengarlah pd pertandingan hr tu, bukan mengutuk mungkin ada benarnyer jugak kan sometimes kita terlepas pandang dgn benda2 yg mcm ni, tapi kalah menang adat bertanding…. anyway syabas pada ADG kerana Persembahan yang mantop!!!!! chaoooo…….

    ewek83 : Makasih untuk komen2 yang membina…

  6. tahniah buat ADG, jgn cedih k! anda sume dah buat yg terbaik…
    kta jmpa dlm pertndgn d SCV klak..hehe..chow..

    ewek83 : Thanks!! Kami sedih sekejap jer… Happy yg banyak lepas tu… Dapat no 2!!!

  7. Tahniah kepada kumpulan ASAT sbb dah memecah rekod ADG,sik pernah2 ADG dpt nombor 2 selalu jak dpt nombor 3 syukur dpt nombor 2 happylah juak bila dengar dak AST dpt nombor 2 sik rugi daknya kenak marah oleh Jimmy tiap2 ptg mun ada lthn.Sik lamak gik pertandingan kat SCV ntah dpt ka sik join.

  8. Tahniah kepada pasukan sarikei,kuching,bintulu,kapit,betong…..kelima-lima pasukan membuat persembahan yang menarik dan saye rasa markah diantara pasukan-pasukan ini juga tidak jauh…semua pasukan hebat tetapi masih ada kekurangan dan para jurulatih perlu membuat kajian lebih mendalam.Diantara kesilapan yang dilakukan adalah,ada pasukan yang membawa payung semasa tarian asli..boleh mmg boleh tapi tidak sesuai…pasukan yang membawa zapin sebat memang hebat cuma perlu diketahui jugak zapin sebat menampilkan kelembutan pada gerakan penari lelaki dan pergerakan penari perempuan juga amat terbatas..Saya juga tertarik kerana Zapin Sebat sudah mula digunakan lagi untuk pertandingan..Bagi saya,anda boleh merujuk pada video festival tari peringkat bahagian kuching 2009 dan melihat tarian zapin sebat yang dipersembahkan oleh kumpulan Tandak Lamak dari Sekolah Seni Malaysia Kuching…Sungguh hebat,menarik dan menyentuh perasaan….pada sesiapa yang berminat datanglah ke Sarikei pada 24-26 jun untuk meyanksikan festival tari peringkat sekolah negeri sarawak 2009.

    1. untuk pengetahuan, zapin sebat yang pernah dipersembahkan oleh Sekoleh Seni Malaysia Kuching semasa pertandingan festival tari peringkat kuching pada 11-13 Mei lepas terlalu kasar sebenarnya jika dilihat dari segi cara lompatan dan mengangkat kaki. terlalu kasar!!!!!! jika mahu melihat bagaimana zapin sebat dipersembahkan sila rujuk di KPSU, bahgaian kebudayaan. minta video persembahan dia org seperti video FTK 1997 n 1998. zapin sebat dipersembahkan dengan begitu baik, halus dan penuh tertib9(kalau ada lg lh video tu).. bukan nak bandingkan sekolah seni dengan kps, tetapi sebagai org seni kita harus berhati2. sori untuk komen ini erk!!!!!

      ewek83 : Thanks. ADG punya version belajar dari KPSU lah. Just ada sedikit pengubahsuaian budak-budak sendiri buat dari cara pembawaan. Mereka nak bagi identiti ADG sedikit bah. Saya no problem, asal mereka enjoy. Hehehe…

      Yang KPSU ajar memang sangat tertib dari posture, cara ambik setiap gerak dan sebagainya. Semuanya sangat lembut dan gerakan tidak ‘mengejut’ seperti yang ADG buat… KPSU buat research dahulu di Kampung Sebat, Sematan. Orang tua dari kampung tu yang master dalam tarian ni dah meninggal, so, semua ilmunya dah salur ke KPSU.

      Saya nak ucap terima kasih kepada KPSU Bahagian Kebudayaan (Seksyen tari) yang telah mengajar saya gerak tari tersebut semasa saya menjadi penari sambilan kat sana dahulu (2003-2004).

  9. aukkk…sanggul sidak sarikei kedak lebah gantung yang jatuh dijalan..kakya kena langgar dengan lori balak…ya bukan sanggul lebah yaaa…kedak ekor memerang ad juak…bukan nak kutuk tapi kalu nak buat, bertanyalah pada yang arif…mana ada org dulu2 wat sanggul macam tue…

    betul kata ib_scv_kps (hebat, tiga2 grup nya masuk…hahahhaha)…cdak sarikei tak hormat kopak…(hormat kopak = duduk masa bunyi kopak),pantun tak abes…penari takda stamina(masa awal jak senyum…bilapart ujung dah tercungap-cungap)…

    yang peliknya, kesalahan yang jelas , pengadil pun takleh nampak ka? haduiiiii

    ewek83 : It’s okay. Janganlah kata mereka macam tu. Mereka nak cuba ikut yang baik dan cantik bah… Kami ADG juga ambil contoh2 dari kumpulan2 yang terbaik juga sebagai tanda aras kami (benchmark) untuk memperbaiki diri. Kami asyik tengok Kumang Gawai pakai ban tu cantik sangat, so kami ikut lah… Sanggul belakang tu pun nak juga kami cuba, tapi apaleh buat, tak tahu mana nak dapat benda tu…

    Pasal tarian tu… Saya nda berani komen lah, saya juga baru belajar dan berkecimpung dalam bidang tari ni. So ada sesuatu yang barulah saya belajar kali ini… Thanks so much for the comments..

  10. Ermmm…
    Suka tgk Lundu punya persembahan. Mcm mana ntah leh kalah dgn Sarikei….. Jauh sgt beza 2 grup nih tp jd no.2 plak daa…
    Tp xpe…..apa2 pun kita enjoy.!!!!

    ewek83 : Thanks for the support. Mungkin hakim ada sebab-sebab mereka tersendiri. Kita tak tahu. Tapi kami seronok juga sedikit dengan keputusan tu. kami tak pernah dapat nombor 2. Selalu je budak tanya bila lagi nak dapat nombor 2? Asyik dapat nombor 3 je…. Hehehehe… kami bersyukur dengan apa yang ada. Lain kali berusaha lagi!!!

  11. Tahniah dapat no 2!!!… hmm…x heran kan,kita nie sentiasa menang di mata penonoton.hehehe^_^…. xpelah,pertandingan kat SCV 2 kita cuba nasib n rezeki la. n ADG pun dah pecah rekod. selama ADG ditubuhkan,nie lah first time nye kita dapat no2.hehehehe… ada kemajuan nie.Tahniah kepada pemenang juga ya…n ke semua sekolah lain yang menyertainya… usaha lebih untuk tahun depan.ciao yoh2!!!….

    ewek83 : SCV ada lagi pertandingan. Nak join ka? Itu pun kalau da masa berlatih. Sekolah kita dah banyak sangat program, entah dapat join ke tidak. kalau dapat join… Kena audition!!! Banyak saingan Dorina…

  12. Tahniah kepada sekolah smk bintangor yang johan…kepada kumpulan ADG jangan putus asa.teruskan perjuangan anda dalam bidang seni.

    ewek83 : Thanks… Kami tak pernah putus asa.. Sebab kami suka nak bertanding, tak kira menang atau kalah, alasan utama untuk tanding??? Dapat keluar dari sekolah dan jalan2 di pasar Kuching!!! Yeah!!!! (ini alasan budak2 lah) Saya suka nak bertanding sebab suka nak cuba benda2 baru dalam tarian, kononnya buat kontroversi lah… hehehehe…. Hakim terima atau tidak tu, tu cerita lain lah….

  13. sokong sangat tenda-jingga…ari tu masa tengok pertandingan tu, banyak perkara2 yang tidak dititikberat kan dalam persembahan, contohnya pantun untuk asli melayu tidak dihabiskan, kemudian kopak untuk zapin (masa duduk tidak tepat dengan bunyi gendang).
    kemudian satu lagi yg ni kelakar cikit…huhuhu..sanggul penari sarikei. pada hemat saya sanggul itu ada pengaruh lundu n pending pada sanggul tu ( yang depan tu ala2 lundu n yang belakang tu ala2 pending), tp nampak keseluruhannya ada yang komen ( mcm dinasour hehehe/ saya pinjam kata-kata org yg beri komen tu).
    anyway…. congratulation pada yang menang, pada yang tak menang usaha lagi tahun hadapan….

    1. haha…lucu la… jgn lupa bju kurung opuan pun mcm pending pun@unimas makum…. beli d kedai sama kot….pasal rambut ya jgn la nganok kan…byk hair spray d guna cdak ya…. good effort cdak ya

      ewek83 : Semua kumpulan punya effort yang sangat bagus, semakin meningkat persembahan2 mereka. Makin lama makin kuat kualitinya. Jadi maknanya, Bhgn Kuching dah tak boleh duduk senang lagi tiap kali ke Peringkat Negeri… Hehehe…

    2. hal sanggul ya tak perlulah dibesar2kan .tpulang kt mana2 pasukan mahu buat.tak slh kan.takkn lh mreka nak buat rambut punk style kalau tdk bt sanggul camtuu .adakah sanggul itu mberi markah dlm ptandingn.kptusan hakim adlh muktamad.tak perlulh dpersoalkn lagi hal ini lh hal itu lh sanggul..kalah dan menang adat ptndingn.lain kali korang cr lah gaya sanggul yg dpt memberi markah kt korangg .kreativiti mereka lah guna payung.idea mereka.korangg pon blh cr idea jgk..skng nie jrng pelajar lelaki yg join tarian asli.papa pon tahniah kpd pasukan sarikei.laen kali korang cuba yg tbaik lagi.

      1. hahahaha…sapa cakap sanggul tak bagi markah…fikir dulu sebelum bercakap…cara bersanggul adalah salah satu dalam etika tarian dan tatarias…cara meletak cucuk sanggul pun ada markah…do d research k…jgn pakai tiru jak…asal jer cantik terus amik n tiru….

  14. huhuhu…….x tau nak ckp aper dgn keputusan hakim……rasenyer ADG lbh menepati standard pertandingan….chaoooooo! TAHNIAH KEPADA YANG MENANG….llalllalalalallalallallalallalalalallalalallalala

    1. Jangan cakap macam tu. Mungkin banyak kesilapan ADG buat yang kita tak perasan, mata hakim lebih tajam bah. Tapi kami bersyukur dapat no 2, sebab ini julung kalinya kami dapat Naib Johan!!! Selalu dapat Nombor Ketiga jak… Boring jugak bah…

Leave a reply to boboi boboy Cancel reply